Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.Masa baca tu, pada tulisan biru muda tu sebut nama sendiri yer....,kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat.Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitusahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup didunia yg akan menjadi penyelamat,
InsyaAllah..WALLAHU A'LAAMM.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat denganBaqa'dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yangbaik dan siapa yang kecewa.Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaranuntuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besaramaran kepada orang yang masih hidup.Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam danbinasa,melainka! n zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasamenghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat AllahTaala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu adabawa bersama-sama dari dunia ini.Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengakubahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkanAllah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, makajanganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita danrisau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir ituhamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabilamereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlahbergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atasaku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila haillallah Muhammaddur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaanyang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggaldidalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adala hbenar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabiadalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamudisisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudahmudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruhbelas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamualalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut
"Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAKMAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat? "Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktumati:
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buahbuahan syurga."Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semuaanak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawadulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulangyang penuh dengan
buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengansangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itukepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allahswt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.
"*Sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."Surah Al-Baqarah : 237
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" Firman Allah :"Dialah (Allah SWT) yang mentakdirkan adanya mati dan hidup, - untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun.(Surah al-Mulk ayat 2) "The pen is mightier than the sword, and considerably easier to write with."
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
2 days ago