18 December 2008 (Khamis)
Jam 8.30 pagi bertolak dari rumah. Ikut Jalan lama ke Simpang Pulai. Kemudian ikut lebuhraya dan keluar lebuhraya melalui tol Kuala Kangsar. Sampai di Gerik pukul 2.00 petang kemudian makan di situ. Meneruskan perjalanan melalui lebuh raya Gerik-Jeli dan sampai di Felda Kemahang kira-kira jam 5.30 petang. Inilah rumah abangku di mana bapaku telah meninggal di sini kira-kira 18 tahun yang lalu. Arwah dikebumikan di sini. Selepas solat Isyak aku pun bertolak ke Tanah Merah dan menetap di Hotel Emage depan Pasaraya Pantai Timur. Boleh tahan juga bayarannya. Dengan RM100 aku dapat bilik yang cukup untuk kami sekeluarga. Cuma kena tambah dua tilam ajer. Hotel yang dilengkapi dengan kemudahan Wifi. Jadi, bolehlah aku melayan hobi aku di sini.
19 December 2008 (Jumaat)
Menikmati sarapan pagi dengan nasi kerabu yang dapat dibeli di kedai yang berhampiran. Chek out pukul 12.00 tengahari dari Hotel kemudian menuju ke Kota Bharu. Destinasi aku sekarang ialah kedai Celcom. Tujuannya ialah untuk melanggan Celcom Broadband. Pertama kali naik KB Mall mencari kedai Celcom. Terus beli modem untuk Celcom Broadband yang berharga RM399 dengan pakej RM98 sebulan. Sampai di rumah kat Kg. Lebai Abas kira-kira jam 6.00 petang. Pertama kali menggunakan Celcom Broadband pukul 8.00 malam. Wah! boleh tahan juga lajunya aku dapat di sini. Lebih kurang streamyx kat rumah aku yang berkelajuan 1 MB. Seronoklah dapat melayari internet walau di mana aku berada sekarang. Tak perlulah lagi ketinggalan berita Malaysiakini, Harakahdaily dan blog kawan-kawan walaupun aku berada di mana sekarang. Jadi bolehlah aku rekomen kat kawan-kawan sekarang alat ini. Sebab sebelum ni dengar jer. Tak tahu kekuatan macam mana. Bila dah beli ni bolehlah kempen kat kawan-kawan. Inilah dua hari yang ku kira perlu dicatat dalam bolg ini untuk tatapan semua pengunjung dan sebagai ingatan sejarah apa yang telah berlaku kepada diriku.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
3 days ago
No comments:
Post a Comment