Sunday, December 28, 2008

Pengajaran di sebalik Hijrah Rasulullah s.a.w

"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."

Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam keseluruhannya. Tarikh tersebut merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah buat umat Islam. Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu sendiri. Peristiwa ini juga telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah SAW.

Antaranya keberanian Saidina Ali r.a yang sanggup menggantikan Rasullullah SAW di tempat tidur baginda walaupun pada ketika itu orang-orang kafir Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah.

Peristiwa pengorbanan Saidina Ali ini merupakan secebis daripada peristiwa pengorbanan para sahabat. Banyak lagi kisah pengorbananan yang telah dilakukan oleh para sahabat demi Rasulullah yang tercinta. Begitulah para sahabat nabi yang cinta mereka bukan sekadar bermain di bibir bahkan dibuktikan melalui perbuatan dan tindakan mereka.

Berbicara tentang Hijrah Rasul, sebenarnya kita sedang membicarakan tentang sejarah. Apabila berbicara tentang sejarah, kita harus sedar bahawa sejarah sebenarnya merupakan bicara Allah kepada hamba-hambanya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati. Dengan erti kata lain peristiwa hijrah ini mengandungi hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya. Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia.

Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikmah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam hijrah Nabi sebagai pedoman dalam kehidupan kita? Saban tahun kita meraikan sambutan 'Maal Hijrah', namun apakah ianya merupakan sambutan semata-mata? Apakah yang kita fahami tentang hijrah? Adakah hijrah sekadar perpindahan yang berbentuk fizikal semata-mata?

Persoalan ini harus kita rungkaikan supaya hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dapat difahami dan dihayati. Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah". (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hijrah bermaksud meninggalkan larangan Allah

Daripada kenyataan ini dapatlah kita fahami bahawa hijrah bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Hijrah Rasulullah S.A.W memberi iktibar kepada kita mengenai fungsi dan peranan kita sebagai umat Islam tidak terhenti setakat ibadat khusus semata-mata. Lebih luas daripada itu peranan kita adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Di antara tugas-tugas sebagai khalifah adalah seperti yang dijelaskan oleh Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah iaitu menjaga agama dan mentadbir dunia.

Dua perkara ini tidak mampu direalisasikan tanpa semangat jihad dalam diri kita. Jihad merupakan pengorabanan dari pelbagai aspek demi memastikan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Melawan nafsu juga merupakan suatu jihad. Namun dalam konteks hari ini, semangat jihad sudah kian hilang di hati umat Islam. Umat Islam hari ini lebih mementingkan nafsu daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Umat Islam sesama sendiri berkelahi kerana pangkat, harta dan wanita. Adakalanya umat Islam sendiri sanggup berkomplot dengan golongan kuffar demi kepentingan tertentu. Sekiranya inilah perangai kita, apakah kita layak digelar sebagai khalifah Allah.?

Marilah kita mencontohi para sahabat yang sanggup berkorban demi kepentingan Islam. Sesungguhnya Hirah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, perpaduan dan kecintaan terhadap Allah. Apa maknanya kita menyambut sambutan Maal Hijrah jika kita semakin jauh dengan Islam? Apakah ertinya kita menghayati sambutan Maal Hijrah. jika jihad masih disalah anggap dan menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah yang kita sambut jika perubahan yang ada hanyalah menunjukkan umat Islam bertambah lemah dan menjadi mangsa penindasan barat malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai pengganas dan pemecah-belah.

Seharusnya peristiwa hijrah telah mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam kita membangunkan sesebuah negara. Cuba kita renungkan kembali bagaimana perpaduan yang telah terjalin anatara kaum Muhajirin dan Ansar di bawah bumbung Islam telah berjaya mambentuk khilafah Islamiyah. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan bangsa, kaum dan etnik, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan kasih sayang selari dengan ajaran Islam yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan kepada kita komitmen Rasulullah sebagai seorang pemimpin dalam memastikan tertegaknya ummah yang beriman, bertaqwa, bersatu padu dan hormat menghormati, baik sesama mereka mahu pun orang bukan muslim. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.

Seorang pemimpin tidak sekadar membangunkan masyarakatnya dari sudut fizikal dan material semata-mata bahkan turut membangunkan jiwa masyarakatnya dengan mendekatkan mereka kepad Allah SWT. Sejarah telah mengajarkan kepada kita bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu di saat kegemilangan tamadun Islam adalah pemimpin yang menghormati golongan ulama dan sentiasa meminta nasihat daripada mereka sama ada urusan negara mahupun peribadi. Hal ini kerana golongan ulama merupakan golongan yang arif berkenaan soal agama, justeru demi memastikan pimpinan mereka tidak terkeluar dari landasan Islam, pemimpin-pemimpin tersebut sentiasa memastikan golongan ulama sentiasa di sisi mereka.

Sesungguhnya di sebalik peristiwa hijrah terkandung pelbagai lagi iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi. Soalnya lagi sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan maal hijrah dalam memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung.- azm

SALAM MA'AL HIJRAH

Saya dan isteri serta anak-anak mengucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430 Hijrah kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada para muslimin dan muslimat. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita lebih kekuatan dan semangat untuk memperbaiki diri kita. Insya'allah usaha yang mulia diberkati Allah s.w.t.

Shamsuddin dan Hazlina serta anak-anak.

1 Muharram 1430 Hijrah

Saturday, December 27, 2008

Bersantai di KLCC


Permandangan KLCC dari sudut parking kereta.


Kolam mandi yang boleh digunakan untuk kanak-kanak sahaja.


Padang permainan yang luas untuk kanak-kanak berlari dan bermain.


Posing habih beb...

Friday, December 26, 2008

TESTS FOR DEMENTIA

Below are four (4) questions and a bonus question. You have to answer them instantly. You can't take your time, answer all of them immediately. Let's find out just how clever you really are.

First Question:
You are participating in a race.. You overtake the second place person. What position are you in?










Answer: If you answered that you are first, then you are wrong! If you overtake the second place person, and you take their place, you are second!

To answer the second question, don't take as much time as you took for the first question.

Second Question :
If you are in a race, and you overtake the last person, then you are?













Answer : If you answered that you are second to last, then you are wrong again. Tell me, how can you overtake the LAST person?! You're not having a good time at this! Are you?

Very tricky maths! Note: This must be done in your head only. Do NOT use paper and pencil or a calculator. Try it.

Third Question:
Take 1000 and add 40 to it. Now add another 1000. Now add 30. Add another 1000. Now add 20. Now add another 1000. now add 10. What is the total?














Answer : Did you get 5000? The correct answer is actually 4100. Don't believe it? Check with your calculator!

Today is definitely not your day. Maybe you will get the last question right?

Fourth Question:

Mary's father has five daughters: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono.
What is the name of the fifth daughter?














Answer : Nunu? NO! Of course not. Her name is Mary. Read the question again!


Okay, now the bonus round. You can partially redeem yourself with this one !

Bonus Question :

There is a mute person who wants to buy a toothbrush. By imitating the action of brushing one's teeth he successfully expresses himself to the shopkeeper and the purchase is done. Now if there is a blind man who wishes to buy a pair of sunglasses, how should he express himself?














Answer : He just has to open his mouth and ask. He's blind, not mute -
so simple.

Tuesday, December 23, 2008

Sungai Kelantan Yang Menarik

Lokasi Penginapan Menarik di Kelantan



Hotel Destiny merupakan hotel yang mampu untuk semua golongan. Dengan harga bilik dari RM59.90 hingga RM99.90 memanglah murah kalau dibandingkan dengan hotel-hotel yang lain di Bandar Kota Bharu. Terletak di pinggir Sungai Kelantan dan terdapat pelbagai kedai seperti Kedai Kopitiam, Klinik, Kedai Mamak dan berhampiran dengan Pelangi Mall.

Saturday, December 20, 2008

Balik Kampung

18 December 2008 (Khamis)
Jam 8.30 pagi bertolak dari rumah. Ikut Jalan lama ke Simpang Pulai. Kemudian ikut lebuhraya dan keluar lebuhraya melalui tol Kuala Kangsar. Sampai di Gerik pukul 2.00 petang kemudian makan di situ. Meneruskan perjalanan melalui lebuh raya Gerik-Jeli dan sampai di Felda Kemahang kira-kira jam 5.30 petang. Inilah rumah abangku di mana bapaku telah meninggal di sini kira-kira 18 tahun yang lalu. Arwah dikebumikan di sini. Selepas solat Isyak aku pun bertolak ke Tanah Merah dan menetap di Hotel Emage depan Pasaraya Pantai Timur. Boleh tahan juga bayarannya. Dengan RM100 aku dapat bilik yang cukup untuk kami sekeluarga. Cuma kena tambah dua tilam ajer. Hotel yang dilengkapi dengan kemudahan Wifi. Jadi, bolehlah aku melayan hobi aku di sini.

19 December 2008 (Jumaat)
Menikmati sarapan pagi dengan nasi kerabu yang dapat dibeli di kedai yang berhampiran. Chek out pukul 12.00 tengahari dari Hotel kemudian menuju ke Kota Bharu. Destinasi aku sekarang ialah kedai Celcom. Tujuannya ialah untuk melanggan Celcom Broadband. Pertama kali naik KB Mall mencari kedai Celcom. Terus beli modem untuk Celcom Broadband yang berharga RM399 dengan pakej RM98 sebulan. Sampai di rumah kat Kg. Lebai Abas kira-kira jam 6.00 petang. Pertama kali menggunakan Celcom Broadband pukul 8.00 malam. Wah! boleh tahan juga lajunya aku dapat di sini. Lebih kurang streamyx kat rumah aku yang berkelajuan 1 MB. Seronoklah dapat melayari internet walau di mana aku berada sekarang. Tak perlulah lagi ketinggalan berita Malaysiakini, Harakahdaily dan blog kawan-kawan walaupun aku berada di mana sekarang. Jadi bolehlah aku rekomen kat kawan-kawan sekarang alat ini. Sebab sebelum ni dengar jer. Tak tahu kekuatan macam mana. Bila dah beli ni bolehlah kempen kat kawan-kawan. Inilah dua hari yang ku kira perlu dicatat dalam bolg ini untuk tatapan semua pengunjung dan sebagai ingatan sejarah apa yang telah berlaku kepada diriku.

Tuesday, December 16, 2008

Kata-kata hikmat mengenai masa

1) الزمن هو الحياة: "Masa itu kehidupan" (Hasan Al-Banna)
2) الاشتغال بالندم على الوقت الفائت، تضييع للوقت الحاضر: "Penyesalan atas masa yang telah lalu adalah membuang masa"
3) الوقت كالسيف، إن لم تقطعه قطعك: "Masa itu seperti pedang, jika engkau tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu"
4) من علامة المقت، إضاعة الوقت: "Antara tanda kehinaan ialah membuang masa"
5) إن الوقت سيف قاطع وبرق لامع : "Sesungguhnya masa itu seperti pedang yang tajam dan kilat yang menyambar" (Abu Ghuddah)
6) اختر لنفسك ما يعود عليك من وقتك : "Pilihlah untuk dirimu apa yang memberi manfaat kepadamu dari waktumu" (Abu Ghuddah)
7) ماندمت على شيء ندمي على يوم غربت شمسه، نقص فيه أجلي ولم يزد فيه عملي: "Tidak pernah aku rasa menyesal atas sesuatu sebagaimana aku rasa menyesal setiap kali matahari terbenam, maka berkurangnya usiaku tanpa bertambahnya amalanku" (Ibnu Mas'ud)
8) إن الليل والنهار يعملان فيك، فاعمل فيهما: "Sesungguhnya malam dan siang sentiasa bekerja untuk kamu, maka bekerjalah untuk kedua-duanya" (Umar bin Abdul Aziz)
9) ياابن آدم، إنما أنت أيام، فإذا ذهب يوم ذهب بعضك: "Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu umpama hari-hari, apabila berlalunya satu hari maka sebahagian kamu pun pergi juga" (Hasan Al-Basri)
10) العمر قصير والعلم كثير: "Umur itu pendek sedangkan ilmu itu banyak" (Al-'Allamah Thoskubri)

Friday, December 12, 2008

Tazkirah ringkas untuk renungan bersama

Empat Perkara Sebelum Tidur

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7 :
Maksudnya : Apa-apa yang diberikan rasul kepadamu hendaklah kamu ambil dan apa-apa yang dilarangnya hendaklah kamu hentikan.

Marilah kita pada hari yang mulia ini, mendengar satu pesan Rasulullah mengenai perkara yang sepatutnya kita sebagai umat Islam lakukan sebelum tidur.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah janganlah engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara tersebut?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat di hari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Oleh itu sama-samalah kita renung dan bayangkan, adakah kita sudah mengamalkan pesan Rasulullah ini. Jika sudah, alhamdulillah. Jika belum, masih belum terlambat untuk mengamalkannya. Jika sebelum ini tidak mengetahuinya maka diharapkan dengan tazkirah ringkas ini menjadikan anda maklum dan dapat mengamalkannya mulai hari ini. Moga-moga kita tergolong dari kalangan orang yang mencintai Rasulullah kerana mengikuti tingkahlaku baginda sepertimana yang dinyatakan dalam ayat Ali Imran ayat 31 :
“Katakanlah : Jika kamu mengasihani Allah, ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihani kamu dan mengampuni dosamu dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang”.

Thursday, December 11, 2008

KEHEBATAN SOLAT

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

ADAKAH PEREMPUAN PERLU BERKHATAN?

Posted by Ummu Naielah at 12:38 AM

Assalamalaikum.
Baru-baru saya telah bersembang dengan seorang rakan saya mengenai segelintir sikap pelajar Melayu yang agak gatal (maaf terpaksa guna perkataan ini tapi ini hakikatnya).Beliau turut compare dengan remaja Cina. Contohnya. Mereka kalau belajar memang belajar betul-betul dan kalau bercinta pun taklah kita nampak sangat. Tetapi kalau pelajar kita terutamanya yg nafsu ke arah itu maka masa belajar inilah nak cari girlfriend atau boyfriend atau bahasa utaranya "marka". Trend pelajar perempuan yang mengorat pelajar lelaki sudah menjadi perkara biasa. Kekadang saya tengok pun gerun kerana solah-olah hidup mereka hanya untuk nafsu semata-mata. Maruah diri ke agama tolak ke tepi.


Antara yang kami bincang ada juga yang menyentuh pasal remaja perempuan yang mungkin tidak bersunat. Sebab itulah ada tengok lelaki macam tengok apa sampaikan ada guru lelaki bujang di sekolah saya memberitahu beliau ada kalanya tidak selesa apabila di pandang pada tempat yg sepatutnya.

Namun begitu rakan saya ini tidak setuju mengenai pendapat perempuan perlu bersunat kerana beliau memakai pendapat Mufti Perlis, Ustaz Asri.(Actually saya tak baca lagi pendapat beliau) Saya hanya menyatakan pendapat saya dan tidak mahu memanjangkan isu ini walaupun kami berlainan pendapat. Lagipun kami hanya bersembang biasa sahaja dan saya juga tidak mahu mewujudkan suasana tegang apabila ada pertelingkahan pendapat.

Pada bulan Ramadhan yang lalu saya telah berpeluang mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dr Jamnur ketika menunaikan solat terawih di masjid Behor Empiang. Beliau menyatakan bahawa perempuan perlu berkhatan untuk mengurangkan nafsu mereka yang terlalu kuat sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal diri. Beliau juga menyatakan bahawa antara faktor perempuan Barat bergaul bebas dan mengamalkan seks bebas kerana mereka tidak berkhatan.

Di sini saya bawakan pandangan yang dibawa oleh beberapa pakar dalam bidang feqah.


1) Ustaz Zaharuddin.


Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah


خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب


Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)


Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-


1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita. Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanafiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.



2) Wajib bagi lelaki dan wanita. Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,


3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hambali.


Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.


Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.


Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.


Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .


:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."


dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :


" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)


Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.


Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.


Rasulullah Berkhatan


Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.


Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.


2) Pandangan Ustaz Adnan Fadzil

Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.;

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
“Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

Pertama; Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.

Kedua; Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak.

Ketiga; Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, ia digalakkan sahaja.

Rujukan;

1. Al-Fiqhul-Wadhih, Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 128.
2. Nailul-Autar, asy-Syaukani, juz. 1, Kitab at-Toharah.
3. al-Khitan, Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq, hlm. 9-11.



3) Pandangan Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani, Ketua Jabatan di Akademi Islam Universiti Malaya.

Bersunat disebut sebagai khitan dalam bahasa Arab bererti potong. Khitan juga bererti memotong qulfah iaitu kulit yang menutupi kepala zakar (Abdullah Nasih ‘Ulwan; Tarbiyatu al-Aulad 1/109). Kamus Dewan menyebut khatan, sunat, ertinya memotong kulub dan berkhatan, bersunat, bersuci, maknanya potong kulub orang Islam (Kamus Dewan 549). Khitan bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan (Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106)kerana bahagian yang dipotong itu merendahkan hujung clitoris.

Menurut al-Mawardi, khitan bagi perempuan adalah memotong kulit pada atas faraj yang berbentuk seperti balung ayam (tiga segi) yakni clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah kulit yang berlebihan di sebelah atas clitoris, tidak sampai ke pangkalnya (Ibnu al-Qayyim; op.cit 106)

Daripada pengertian syarak itu, dapat disimpulkan bahawa khitan bagi perempuan adalah dengan memotong sedikit saja daripada bahagian atas clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah hujungnya yang menonjol tinggi daripada faraj, bukan memotong semua sekali.

Seperti amalan khitan di kalangan lelaki yang bermula pada zaman Nabi Ibrahim, amalan berkhatan bagi wanita juga berlaku pada zamannya. Isterinya, Sarah dikhatankan. Peristiwanya bermula apabila Hajar (salah seorang isteri Nabi Ibrahim) mengandung, Sarah berasa cemburu, lalu bersumpah untuk memotong tiga bahagian anggotanya sendiri. Nabi Ibrahim bimbang kalau-kalau Sarah akan memotong hidung dan telinganya.

Lalu Baginda menyuruhnya melubangkan kedua-dua telinganya dan berkhatan (Ibnu al-Qayyim; ibid 131). Setelah itu amalan khitan menjadi sunnah bagi wanita Islam.

Khitan diamalkan juga pada zaman Firaun yang mana didapati mumi perempuan Mesir purba mengamalkannya. Begitu juga di negara lain di Afrika seperti di Ethopia dan Sudan. Khitan seterusnya diamalkan di merata dunia termasuk Malaysia. Sesetengah mereka menganggap amalan ini sebagai adat. Sesetengah yang lain pula menganggapnya sebagai tuntutan agama.

Ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan bagi wanita. Ada yang berpendapat hukumnya wajib, ada yang mengatakan sunat. Ada pula yang berpendapat khitan adalah satu kemuliaan saja kepada kaum wanita.

# Imam al-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad mewajibkan wanita berkhatan sama seperti lelaki (Ibnu Taimiyah; al-Fatawa al-Kubra 51-52). Pada mereka dirujukkan kepada hadis yang dijadikan hujjah bagi mewajibkan khitan ke atas lelaki.

Antara hadis itu adalah sabda Rasulullah SAW kepada seorang yang baru menganut Islam: “Cukurlah rambut ketika kafirmu dan berkhatanlah.”

Dalam riwayat lain yang disebut terdulu, Rasulullah bersabda: “Sesiapa (yang baru) memeluk Islam hendaklah dia dikhatankan meskipun sudah tua.” (Al-Syaukani;op.cit 1/136).

Kedua-dua hadis ini menunjukkan amalan khitan adalah wajib. Perintah wajib ini meliputi lelaki dan wanita. Ini didasarkan kepada keumuman daripada lafaz hadis berkenaan (al-Syaukani; ibid 1/134).

# Riwayat lain daripada Imam Ahmad pula menyatakan berkhatan wajib ke atas lelaki saja. Tidak diwajibkan ke atas perempuan. Ia adalah sunnah yang sangat dimuliakan. Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama. Ia dirujukkan kepada hadis Rasulullah yang menyatakan khitan tidak wajib ke atas perempuan.

Antara lain Syadad bin Aus menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda: “Khitan adalah sunnah untuk lelaki dan suatu penghormatan untuk wanita.” (Ahmad bin Hanbal; al-Musnad 6/433).

Ummu ‘Attiyah r.a. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah memberitahu tukang khatan perempuan supaya jangan memotong terlalu dalam. Hal ini kerana yang demikian itu (memotong tidak terlalu dalam) adalah mahkota wanita dan sangat disukai oleh suami. (Abu Daud; al-Musnad 167).

Hadis di atas menunjukkan khitan bagi anak perempuan adalah sunat, bukan wajib. Khitan disyariatkan kepada lelaki dan perempuan sebagai satu perbezaan antara orang Islam dan kafir. Oleh kerana itulah orang yang baru memeluk Islam dikehendaki berkhatan, lelaki atau perempuan.

# Dr Yusuf Al Qaradhawi berpendapat persoalan khitan anak perempuan terserah kepada ibu bapa sama ada mahu melakukannya atau tidak. Bagi mereka yang beranggapan khitan anak perempuan ada kebaikannya, eloklah mengkhatankannya. Bagi mereka yang tidak mengkhatankannya pula, tidak berdosa kerana ada ulama yang berpendapat khitan bagi wanita hanya satu kemuliaan. Begitu pun, Dr Yusuf berpendapat mengkhatankan anak perempuan adalah lebih baik (Dr Yusuf Qaradhawi: al-Fatawa al-Mu’asirah 384).

# Imam al-Akbar Mahmud Syaltut berpendapat: Hukum khitan bagi lelaki dan perempuan bukan didasarkan kepada nas naqli, tetapi disandarkan kepada kaedah umum syariah iaitu ‘tidak harus menyeksa sesuatu yang hidup kecuali ada kemaslahatan’.

Khitan bagi lelaki ada maslahah yang perlu dijaga iaitu menghindarkan jangkitan kuman yang menyebabkan kanser zakar atau penyakit lain yang berbahaya. Tetapi, dalam persoalan khitan bagi kaum perempuan, tiada maslahah yang perlu dijaga.

Menurut beliau lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan bergantung kepada pembinaan hormon dalam diri seseorang. Begitu juga berakhlak atau tidak seseorang bergantung kepada pendidikan agamanya, suasana masyarakat dan keprihatinan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

Lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan tiada hubung kait dengan khitan.

Oleh itu khitan bagi perempuan bukan kerana tuntutan syarak, akhlak dan kesihatan. Ia didasarkan kepada persoalan fitrah manusia semata-mata (Muhammad Syaltut; al-Fatawa 333-334).

Penulis berpendapat walaupun ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan wanita, eloklah kita mengamalkan khitan walaupun ia bukan wajib atau sunat. Paling kurang ia adalah fitrah insaniah yang seiring dengan tabiat dan fitrah Islam.

Selain itu, ia masih sunnah yang diamalkan pada zaman Rasulullah. Baginda pernah mengajarkannya kepada wanita pada zamannya. Kalau kita tidak mengamalkannya bererti kita mengetepikan salah satu daripada amalan wanita zaman Rasulullah. Di samping itu, masih ada hadis yang menjelaskan bahawa khitan itu satu kemuliaan kepada wanita. Mungkin setakat ini kita belum pasti apa maslahatnya. Banyak ibadat lain yang dilakukan tanpa kita ketahui maslahat dan hikmatnya.

4) Pandangan Mohd Shukri Hanapi (Artikel dari Berita Harian)

Bagi kaum lelaki, khatan (atau dalam bahasa Arabnya disebut khitan) ialah amalan memotong qulfah (kulit yang menutupi kepala) zakar lelaki. Ia juga sering disebut ‘bersunat’.

Menurut pendapat kebanyakan ulama seperti al-Sya'bi, Rabi'ah, al-Azra'i, Yahya bin Sa'ad al-Ansari, Malik, al-Syafi'i dan Ahmad, amalan berkhatan adalah wajib bagi kaum lelaki.

Ada banyak hadis yang menunjukkan pensyariatan khatan. Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Selain itu, diriwayatkan daripada Ammar Yasir, katanya, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Antara fitrah ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemaluan dan berkhatan." (Riwayat Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, Abdullah Nasih Ulwan (1990:113) menjelaskan, meskipun Rasulullah menyebut khatan bersama perkara sunat, namun tidak bermakna hukum berkhatan itu sunat.

Katanya, hadis di atas membicarakan dua perkara utama iaitu perkara wajib dan sunat.

Dalam hal ini, al-Khattabi pula berpendapat, meskipun khatan selalu disebut bersama dengan perkara sunat seperti mencukur bulu ketiak dan memotong kuku, kebanyakan ulama mengiranya sebagai wajib. Ia adalah syiar Islam dan pembeza antara Muslim dan kafir.

Sekiranya seorang yang berkhatan mati di kalangan sekumpulan manusia yang tidak berkhatan, maka hendaklah dia disembahyangkan dan dikuburkan di tanah perkuburan Islam. (Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyyah al-Awlad, 1990 jil.1, hal.112).

Kewajipan berkhatan juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada 'Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah bersabda kepada orang yang baru memeluk Islam yang bermaksud: "Bersihkanlah dirimu daripada rambut kufur dan berkhatanlah." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Selain itu, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya: "Seseorang yang tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyembelihannya juga tidak boleh dimakan."

Maka, jelas bahawa khatan itu adalah fitrah manusia, syiar Islam dan ia wajib ke atas kaum lelaki. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyegerakan khatan sejak mula memeluk Islam dan tidak melaksanakan juga hingga masa balighnya, maka dia dikira berdosa.

Kebanyakan ulama menyatakan bahawa khatan adalah wajib ketika seseorang anak itu sudah hampir baligh. Tidak berapa lama lagi anak itu akan menjadi mukallaf untuk mematuhi segala hukum syariat dan perintah Allah.

Tetapi masa yang paling afdal (baik) ialah pada hari pertama kelahiran. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Jabir, katanya, bahawa Rasulullah telah mengkhatankan al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh (selepas kelahiran) mereka.

Setiap amalan yang disyariatkan oleh Allah tidaklah sia-sia, malah ada hikmah dan kelebihannya.

Justeru, amalan berkhatan ini mempunyai banyak faedahnya. Paling penting ialah faedah dari aspek kesihatan.

Menurut Dr Sobri al-Qubbani di dalam bukunya Hayatuna al-Jinsiyyah, antara faedah terpenting berkhatan ialah seseorang lelaki itu akan dapat menghindari daripada penyakit kulit yang disebabkan oleh peluh yang berkumpul dalam kulit qulfah itu.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Dr Gerald Weiss, seorang pakar bedah. Beliau menegaskan tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat infeksi (cesspool of infection). Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Menurut Dr Sobri al-Qubbani lagi, berkhatan juga dapat menghindari daripada penyakit kanser. Hal ini dibuktikan oleh Dr Edgar J Schoen, seorang profesor Perubatan Kanak-Kanak di Universiti California di San Francisco. WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan satu kajian yang beliau lakukan bersama rakannya mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87 daripadanya adalah dari kalangan lelaki yang tidak berkhatan.

Justeru, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki dari menghidap kanser zakar dan penemuan ini telah dimuatkan di dalam majalah Pediatrics. (Neil Osterweil, Experts Disagree on Whether Procedure Should Be Routine, WebMD Medical News, Lycos Health, 6 Mac 2000).

Seperti dijelaskan Dr Danial Zainal Abidin di dalam bukunya Perubatan Islam Kontemporari, ada banyak kajian yang menunjukkan khatan mencegah daripada pelbagai jenis penyakit. Antaranya:

l Risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan.

Satu kajian yang dilakukan di Lembah Kashmir pada 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah berbanding kawasan lain di India.

l Mengikut Dr Edgar J Shoen, seorang pakar kanak-kanak terkenal, luka yang sering berlaku pada kulit penutup zakar ketika melakukan persetubuhan memudahkan seseorang lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutama siplis, chancroid dan genital herpes. (Dr Edgar J Shoen, Circumcision A Lifetime of Medical Benefits, Medicirc, 2000)

Berdasarkan hasil kajian di atas, jelaslah bahawa orang yang berkhatan itu akan dapat menikmati kesihatan yang baik serta terhindar daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Wednesday, December 10, 2008

Air dan Selipar

Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan "Holy Water" di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini.

Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam.

Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:
1) Al-Mansur
2) Al-Mubarakah
3) Al-Barakah
4) Bestari

Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam. Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah Maha Mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di hati.

Untuk pengetahuan, buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati di sekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.

Selipar getah jenama BOWLING dan S2 ada tertulis perkataan ALLAH (dlm Arab) di tapaknya(bahagian tumit) harap dapat ambil perhatian. Sebarkan demi agama Islam tercinta. tengok betul2 kat tapak (corak besar) tengok tapak selipar sebelah kiri...
kalau sebelah kanan, perkataan ALLAH dalm imej terbalik.
SUBAHANALLAH.....

Mineral Water "WATERCO" .....DON'T BUY IT....

Wallahualam....

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum atau terbeli air mineral 'WATERCO". Ia adalah 'Holly Water'. yang dibuat di Vatican City.
Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul.

Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x,
3 qul 1x dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan bahagian buat mandi.

InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.

InsyaAllah.

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Eidul Adha



Allah Huakbar Allah Huakbar Allah Huakbar Allah Huakbar Allah Huakbar Allah Huakbar Allah Huakbar Walillah hilham
Assalamu’alaikum wr wbt

Saya dan isteri serta anak-anak saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya pembaca blog ini.

Di hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia serta semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di tanah suci Mekah.

Semoga amal ibadat mereka dalam mengerjakan rukun Islam yang ke-5 ini diterima Allah s.w.t. Semoga mereka dianugerahkan haji yang mabrur, insya'allah, serta selamat pulang ke tanahair dan ke pangkuan keluarga.

Disamping kegembiraan ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang mungkin tidak bernasib baik seperti kita.

Justeru saya dan isteri serta anak-anak mengambil peluang ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Ulu Yam Baru dan Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Shamsuddin Yaacob
Hazlina Tajudin
Anfaal
Abdul Aziz
Abdul Alim
Abdul Azim
Aida

ONLY ONE MAN IN THE WORLD TO HAVE HIS HEART IN THE ABDOMEN











Keeping a place for me in ur heart is ok, but keeping a place for me in your mind might be dangerous because people say... I'm Mind Blowing!

Thursday, December 4, 2008

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
- pada murni rohani

Lelaki yang cantik.....................
- Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
- Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
- Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
- Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
- Adalah lelaki yang baik sangka dan,
- Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.....

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
- tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah.................
- Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
- Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
- Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
- Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
- kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
- Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan adalah kegagahan sempurna
bagi seorang perempuan... ...

Renungilah...

Tuesday, December 2, 2008

Adakah Awak Berzina????

Kami tidak berzina !

Maaf saya tidak menuduh awak berzina,tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni StudyGroup.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang
sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak- anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami.S aatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin, yarabbal alamin.

Moga Allah terima taubat mu.

Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh, tidak kemana!

Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

Monday, November 24, 2008

Panduan Keibubapaan Setelah Anak-anak Menginjak Alam Remaja

~Semasa remaja, mereka mula mengambil tindakan yang berisiko dan bereksperimen. Ini adalah titik permulaan bagi remaja untuk beralih dari alam yang berpusat kepada keluarga (family-centered) kepada komuniti yang jauh lebih luas di mana mereka mula tercari-cari identiti diri sendiri. Remaja mungkin akan memilih kawan-kawan yang tidak disenangi oleh ibu bapa atau mencuba merokok, menghisap dadah dan minum minuman beralkohol. Mereka turut bergaya dengan fesyen semasa, membanding-bandingkan gaya hidup keluarga mereka dengan keluarga yang lain serta melanggar peraturan rumah atau norma masyarakat.

~Remaja berbuat demikian untuk menguji sejauh manakah kemampuan dan keterbatasan mereka dalam melakukan sesuatu tindakan. Mereka ingin percaya bahawa mereka boleh meneruskan hidup tanpa panduan atau kawalan ibu bapa. Remaja juga mungkin cuba memindahkan keseimbangan kuasa dan otoriti ke pihak mereka. Maka dengan itu, ramai ibu bapa yang bimbang dan dihantui dengan sikap anak remaja mereka yang seolah-olah ingin berkonfrontasi dengan mereka. Ibu bapa juga bimbang dengan tindakan berisiko tinggi yang diambil oleh anak remaja mereka.

~Sebenarnya tiada jalan pintas dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan dari semasa ke semasa supaya berlaku aliran komunikasi yang licin di antara ibu bapa dan remaja. Ibu bapa perlu memahami keperluan emosi, fizikal dan mental remaja bagi membangunkan sahsiah mereka sepenuhnya.

Panduan berikut boleh digunakan oleh ibu bapa dan orang dewasa yang ingin menangani remaja keseluruhannya:

*Didik diri anda dengan perkembangan anak-anak sebaik memasuki alam remaja. Pelajari kelakuan dan tindak-tanduk yang biasa bagi remaja, perubahan fizikal, biologi, emosi dan mental yang berlaku serta kesannya dan cara membantu anak remaja anda menangani perubahan tersebut.

*Kenangi semula zaman remaja anda; perasaan yang berubah-ubah (mood swing), kemarahan terhadap pihak yang memegang kuasa (seperti ibu bapa, guru-guru dan sebagainya), kebimbangan dan harapan anda. Lihat pula tingkah-laku anak remaja anda dari sudut memori tersebut supaya anda dapat memahami perspektif mereka.

*Daftarlah untuk kursus kemahiran keibubapaan yang berkesan. Keibubapaan adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan ia tidak datang sendiri. Belajarlah juga daripada ibu bapa lain yang berpengalaman dalam mendidik remaja yang berjaya.

*Dengarlah dan kurangkan bercakap. Anak remaja anda telah menghabiskan sebahagian besar masa kanak-kanak mereka sebagai pendengar dalam kebanyakan situasi. Ketika remaja inilah mereka mahu dan perlukan peluang untuk didengar dan berkongsi perasaan dan pendapat mereka. Mereka mula menyemak semula pegangan keluarga, adat tradisi dan agama yang sesuai dengan kehendak identiti mereka.

*Didiklah anak remaja anda tentang asam garam kehidupan, dan kemanisan dan kepahitan menyelesaikan masalah agar mereka tahu menikmati kegembiraan dan menangani perkara yang buruk. Sedarkan remaja bahawa hidup ini tidak seindah mimpi. Jangan dibuai remaja dengan harapan semuanya mudah dan indah kerana ini akan menyebabkan remaja kecewa dengan realiti kehidupan. Jangan sempitkan ruang lingkup pilihan yang ada. Misalnya, meminta anak belajar dengan rajin sekiranya ingin menjadi seorang doktor. Realitinya ramai juga remaja yang pintar yang tidak mendapat kursus pilihan masing-masing kerana persaingan yang sengit.

*Gunakan kaedah ‘peneguhan positif’ (positive reinforcement) untuk tingkah-laku yang positif sekiranya munasabah; ia jauh lebih berkesan daripada kritikan (atau kutukan) dan hukuman terhadap tingkah-laku yang negatif. Peneguhan positif diberi dalam bentuk pujian, penghargaan, hadiah istimewa atau pergi melancong misalnya. Perkataan yang memperkecilkan keupayaan dan kebolehan mereka boleh menyebabkan kecederaan kepada penghargaan kendiri (self-esteem) remaja. Perkakas yang paling berguna dalam mendidik remaja ialah kasih sayang, belas ihsan, kepekaan, sanjungan, memahami dan komunikasi yang telus dan tulus.

*Didik anak remaja anda bahawa hak-hak dan tanggungjawab berjalan seiringan. Berikan tanggungjawab sedikit demi sedikit kepada anak remaja anda dengan tujuan melatihnya seperti tanggungjawab menjaga keselamatan dirinya dan ahli keluarga yang lain. Beri peluang kepada remaja untuk membantu kerja-kerja di rumah dan terlibat dengan proses perbincangan bagi mencapai sesuatu keputusan dalam keluarga.

*Dapatkan pandangan remaja dan bantu mereka agar memahami proses bagaimana sesuatu keputusan dicapai. Berikan situasi di mana remaja diuji dengan kemahiran membuat keputusan dengan sokongan orang dewasa di sekelilingnya. Jangan kritik remaja sekiranya keputusan yang diambilnya tidak tepat atau tidak seperti yang diingini. Sebaliknya tunjukkan bahawa anda memahami dan berikan bantuan yang diperlukan. Dengan ini, remaja akan belajar membuat keputusan-keputusan yang penting dalam hidup mereka seperti keputusan samada hendak merokok atau tidak, hendak belajar atau tidak dan sebagainya.

*Bantu remaja agar tidak terlalu bergantung kepada orang di sekitarnya seperti ibu bapa atau abang dan kakaknya. Keperluan remaja untuk memanifestasikan ‘kebebasan’ dan kematangan mereka mungkin berlaku pada masa yang berbeza dan melalui wadah yang berbeza. Kadangkala sukar bagi ibu bapa untuk membiarkan remaja melakukan keputusan bersendirian kerana risaukan keselamatan mereka. Walau bagaimanapun, keupayaan remaja menangani tanggungjawab yang semakin bertambah akan meningkat sekiranya ibu bapa mampu memberikan sokongan kepada pilihan yang mereka buat dan menjadikan remaja bersedia menghadapi cabaran yang menanti.

*Berikan peluang kepada anak-anak untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Golongan muda sebenarnya sedang mencari-cari ruang untuk diri mereka di dalam dunia ini. Melibatkan remaja dalam aktiviti komuniti dan masalah masyarakat akan mengalihkan perhatian mereka terhadap diri sendiri dan menolong mereka membangunkan kemahiran sosial mereka dengan perasaan ‘dipunyai’ (belonging) di samping memperkasakan remaja dalam menyelesaikan masalah masyarakat. Bantu anak remaja yang bersekolah asrama untuk menyertai kelab-kelab remaja seperti Kelab Remaja JIM (KRJ) atau program dakwah yang lain ketika cuti sekolah. Adakan program ziarah kampung, memberi bantuan kepada fakir miskin dan sebagainya yang boleh mengajar remaja tentang realiti kehidupan selain mengelakkan remaja terlibat dalam gejala sosial.

*Luangkan masa dari segi kualiti dan kuantiti terhadap anak remaja anda. Tidak ada istilah ‘masa berkualiti’. Untuk mendapatkan kualiti dalam perhubungan, kuantiti masa juga adalah kritikal. Zaman remaja inilah biasanya anak remaja anda semakin jauh daripada keluarga dengan meluangkan lebih banyak masa di sekolah, dengan rakan sebaya ataupun sudah bekerja. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa meluangkan masa dengan anak remaja mereka kerana inilah kunci kepada kesejahteraan perkembangan emosi dan sosial remaja.

*Ambil peluang ketika remaja berada di rumah, sewaktu makan malam, solat berjemaah di rumah atau surau serta menonton televisyen bersama untuk mengukuhkan hubungan anda dengan remaja. Ambil tahu apakah minatnya dan hobinya serta terlibat dengan minat tersebut. Ini boleh membantu mengukuhkan sokongan anda terhadapnya serta memberi gambaran kepada anda tentang alam remajanya.

*Ada ketikanya ibu bapa merasa kecewa, marah, sedih atau putus asa terhadap anak remaja mereka. Terimalah perasaan anda itu. Menjadi ibu bapa yang baik tidak semestinya mesti segalanya sempurna. Tunjukkan bahawa anda mampu meminta maaf kepada remaja sekiranya anda telah terkasar dengan mereka. Ini akan menjadi contoh kepada remaja bahawa manusia juga melakukan kesilapan dan bermaaf-maafan adalah suatu cara dalam memulihkan semula perhubungan yang retak oleh tekanan dan ketidaksefahaman.

*Dapatkan bantuan dan panduan untuk diri anda dalam menangani perubahan pada diri anak remaja anda. Lihat tanda-tanda berlakunya krisis dan berbincanglah dengan ibu bapa lain atau dapatkan bantuan pakar. Dengan ini, ibu bapa boleh memahami apakah yang normal atau tidak normal pada seseorang remaja.

*Kebanyakan remaja mempunyai masalah pada suatu masa tertentu. Ini ditunjukkan dengan tingkah-laku memberontak secara tiba-tiba dan adalah normal kepada remaja. Janganlah ibu bapa pula merasa malu di atas sikap remaja. Jangan pula anggap bahawa setiap tingkah-laku anak-anak mencerminkan kualiti keibubapaan anda. Anda sudah lakukan yang terbaik dan berusahalah agar tingkah-laku negatif remaja tidak berpanjangan dan dibaiki segera.

*Jangan paksa remaja menyelesaikan masalah mereka dengan drastik. Remaja juga perlukan masa dan sokongan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Misalnya, berikan masa kepada remaja untuk membuang tabiat merokok dengan mendedahkan semua maklumat yang perlu dan memberi bantuan profesional kepadanya. Tunjukkan sokongan anda dan tidak berputus asa dengan mereka.

*Sediakan peluang untuk mereka membesar dan mengharungi zaman remaja dengan tindakan dan maklum balas yang positif. Berkongsi dengan anak remaja tentang harapan anda terhadapnya, pelajarannya dan masa hadapannya. Muhasabah tentang peranan mereka dan minta mereka muhasabah diri anda sebagai ibu bapa. Sediakan peluang untuk mereka mengasah bakat dan minat mereka serta mempertajamkan kemahiran mereka di samping memperkembangkan jati diri dan daya saing.

Posted by rohahassan

apa kataku:

Terus terang aku katakan, aku sendiri risau dan takut untuk menerima hakikat bahawa anak kecilku yang ku gedong bertahun-tahun sudah menginjak remaja dan semakin banyak karenahnya!

Kadang-kadang aku sendiri hilang sabar dan ada masanya ketidaksabaran aku mampu menguris hatinya. Apa yang pastinya ialah aku sendiri sedang menempuh apa yang ibu bapa aku tempuhi dan apa yang nenek dan datuk aku tempuhi...Cuma seperti selalu kita akan mengatakan zaman kita tidak sama dengan zaman anak-anak sekarang! Iya ke?

Yang penting ialah aku sedang melakukan yang terbaik, walaupun itu belum lagi cukup baik!!

Friday, November 21, 2008

Kunjungan Kawan Lama


Hari ini aku menerima kunjungan kawan lama sekampung denganku. Ketika itu aku sedang menuntut di Sekolah Menengah Ketereh. Kawanku ini merupakan antara kawan karibku semasa usiaku 16 tahun. Banyak rahsia dan kenangan antara kami semasa kami membesar bersama-sama. Walaupun di antara kami tiada ikatan tali persaudaraan akan tetapi jasa budi emaknya yang telah sudi memberikan aku makan dan tempat tinggal di rumahnya membuatkan aku anggap mereka adalah keluarga aku jua. Kini setelah 18 tahun berlalu aku menerima kunjungan beliau sekeluarga. Walaupun kami seusia akan tetapi jodohku cepat maka aku telah dikurniakan 5 orang cahaya mata manakala beliau baru seorang. Apa-apa pun kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih di atas kunjungan ini dan semoga persahabatan ini akan kekal selama-lamanya.

Monday, November 10, 2008

Husband of The Year Awards

Starting off the competition of the Husband of the year awards
The honorable mention for :

The United Kingdom

...followed closely by

The United States of America


and then ............... Poland

but 3rd Place must go to

Greece

it was very very close but the runner up prize was awarded to....

Serbia

but the winner of the husband of the year is

Ireland
Ya gotta love the Irish

The Irish are true romantics..look, he's even holding her hand.

Friday, November 7, 2008

Luahan Hati Seorang Isteri

Apabila terpandangkan satu berita.....dan membacanya hati aku terasa geram dan marah juga tetapi bila mengenangkan itu mungkin satu ujian daripadaNya...hati aku reda kembali. Berita tentang seorang suami yang berdolak-dalih tentang adanya orang ketiga dalam rumahtangga mereka. Apa yang aku geramkan ialah selama ini si suami beria-ria menafikan hubungan dengan orang ketiga tersebut....tapi dengan kuasa Allah Taala...kecurangan tu terbongkar jua...tapi masih jua si suami menafikannya....aduh! mulut lelaki memang pandai bersilat lidah memutar kata. Kononnya itu cinta kedua.....macamana boleh ada cinta kedua selepas memiliki seorang isteri yang dulunya sangat dicintai.... ?....Tak akan timbul istilah cinta kedua andai mereka benar-benar menghargai wujudnya seorang isteri. Apa puncanya selain dari menurut kata hati dan nafsu semata.
Itula lelaki......masa bercinta semuanya indah tetapi bila dah memiliki.....nak memiliki yang lain pula. Adilkah?....tak payah cakap kuota lelaki boleh cari 4 isteri.... fikir dulu tentang kuo.ta diri.....atas dasar apa nak cari yang lain.....kalau sebab nak kan yang baru sebab dia lagi cantik.....kirim salam la...boleh blah....cantik tu bukannya harta yang kekal....akan luntur jua dikejar usia....akan ber
ulat juga bila jadi mayat . Memang la dia lagi cantik sebab lagi muda....tapi si isteri dulu masa muda remaja cantik juga tapi bila dah beranak dan berkorban untuk si suami yang cantik tu luntur jua....tapi adilkah??? tak ada manusia yang leh tongkat langit....setiap yang muda pasti tua....cuma kaum lelaki ni je kebanyakannya makin tua makin lak menjadi dan tak sedar di ri.....gerun jugak.
Alhamdulillah.....setakat ini diriku masih disayangi tapi kemudian hari tak taula.....tapi aku bukan orang yang tamak....kalau orang dah tak ingin aku lagi tak sudi......tak yah nak berebut-rebut kasih sayang orang yang tak jujur....kalau dia nak cinta kedua...aku akan beri dia cinta ketiga,keempat, kelima dan seberapa yang dia nak....tapi aku....masa untuk memikirkan diri sendiri.....Kalau dia sayangkan aku sepenuh hati tak akan timbul soal adanya cinta yang lain.
Fikir-fikirkanlah wahai para suami yang budiman.

Sumber dari Blog Aku,anak,isteri dan ibu.......