Merupakan seorang guru yang sedang mengajar di SMK Dato'
Zulkifli Muhammad, Slim River, Perak. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dari UPSI. Mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun iaitu 3 tahun di SMK Segambut Jaya Kuala Lumpur dan 7 tahun di sekolah sekarang.
Anda Mesti Dapatkan Produk Percuma Ini Sekarang...
Aku sebagai suami dan bapa
Tanggal 27 November 1999, aku telah diijabkabul dengan Hazlina bt. Tajudin di Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar, Kuala Lumpur selepas Solat Asar.
Bandar Behrang 2020
Inilah hobi keluarga kami. Suka bergambar untuk kenang-kenangan. Gambar ini dirakam di rumah kami pada pagi 4 Jun 2008 semasa bersiap-siap untuk hendak ke Kuala Lumpur.
The Mall, Kuala Lumpur
Salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Terdapat pusat membeli belah, tempat makan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan hotel 5 bintang. Gambar ini dirakam pada 4 Jun 2008.
Proton City, Tg. Malim
Kami beriadah di sini setiap minggu. Gambar ini telah diambil pada pagi Khamis, 5 Jun 2008.
Abdul Azim Tengok TV
Inilah budak yang tak tahu tengok tv. Orang tengok depan tv. Tapi dia atas TV pula. Apa-apa pun jangan tiru aksi ini.
Bakal pengganti Bill Gates
Baru usia setahun lebih sudah kenal komputer. Kanak-kanak ini begitu teruja untuk mula belajar komputer. Semoga cepat pandai.
Latihan berak busuk
Memanglah kalau nak berak kita akan lakukan aksi begini. Begitulah dengan kanak-kanak mereka tahu tanpa diajar kalau nak berak.
Mahu ker?? Nah Ambil...
Impian mempunyai anak ramai
Kalau boleh dan kalau mampu ku mengimpikan sebuah keluarga yang besar. Makin ramai anak rasanya makin best. Tapi larat ker ku jaga? Entahlah.....
Bayi yang comel
Geramnya memiliki bayi yang comel. Rasa nak peluk 24 jam jer. Tak nak lepas-lepas. Bayi umpama kain putih. Ibu bapa lah yang akan mencorakkannya menjadi baik atau jahat.
Aida berusia dua bulan
Gambar ini diambil semasa Hari Raya AidilFitri 2008 di Segambut, Kuala Lumpur.
Abdul Azim mengidam
Tengoklah air liur meleleh. Entah apa yang diidamkannya.
1 comment:
Well well well......
Post a Comment