Pada tanggal 19 Ramadhan, menjelang waktu solat Subuh di Kufah, Saidina Ali kw telah tiba di masjid lebih awal.Beliau membangunkan orang-orang yang tidur dalam masjid. Di antara mereka ialah Abdul Rahman bin Muljam al-Muradi. Ia sedang berbaring menelungkup dan menyembunyikan sebilah pedang dalam bajunya. Mata pedang itu beracun. Saidina Ali kw membangunkannya lalu berkata kepadanya bahawa cara tidur seperti itu tidak baik untuk kesihatan kerana boleh mengganggu pernafasan.
Beliau juga berkata kepada ibnu Muljam bahawa ia menyembunyikan sebilah pedang dalam pakaiannya dan berniat buruk. Saidina Ali kw kemudian memangggil kaum muslimin untuk mendirikan solat Subuh.
Baru sahaja hendak beranjak dan berlutut tiba-tiba sahaja pedang ibnu Muljam menimpa kepalanya. Itulah pedang yang telah ditunjukkan Ali kw hanya setengah jam sebelumnya.
Luka akibat tetakan itu sangat dalam. Solat terganggu. Ibnu Muljam cuba melarikan diri, namun jemaah mengejarnya. Tiada orang yang membenahi solat itu. Tetapi Ali menyelesaikannya kemudian bersandar ke tangan puteranya Hasan dan Husin.
Luka yang berdarah deras cuba ditahan. Bibirnya yang berlumur darah terbuka mengucapkan do’a syukur nescaya berkata “Tuhan, hamba bersyukur kepada-Mu kerana memberikan kematian syahid kepada hamba. Betapa Rahmat dan Rahim-Mu.”
Abdul Rahman bin Muljam tertangkap oleh Sha’sha’ah ibnu Shuhan lalu dibawa ke hadapan Ali. Tangan si pembunuh terikat ke belakang. Saidina Ali melihat bahawa tali itu sedang menghiris daging si pembunuh. Beliau melupakan luka di kepalanya, pukulan yang akan mengakhiri hidupnya dan memotong kariernya yang sedang mengembang.
Beliau mengabaikan bahawa ibnu Muljam itu pembunuhnya; yang dilihatnya hanyalah seorang manusia yang sedang menghadapi penganiyaan yang tidak manusiawi.
Beliau memerintahkan kaum muslimin melonggarkan ikatan di tangan ibnu Muljam dan meminta mereka memperlakukannya secara lebih manusiawi. Keramahan itu mengharukan si pembunuh lalu ia menangis. Dengan suara perlahan saidina Ali kw mengatakan, “terlambat untuk menyesalinya sekarang. Engkau telah melakukan perbuatanmu. Apakah saya seorang imam yang buruk atau pemimpin yang tak baik?”.
Mereka membawa Ali keluar. Ketika melihat hari yang cerah, ia berkata “wahai hari! Engkau dapat menjadi saksi atau kenyataan bahawa, walau satu kali pun, selama hidup ‘Ali anda tidak pernah engkau merekah seraya menemukannya sedang tidur.”
Saidina Ali kw hidup dua hari lagi setelah kejadian itu. Dan dalam tempoh itu, apabila ada kesempatan, beliau memberikan beberapa khutbahnya. Dengan nafas yang tersekat-sekat menjelang maut, dengan tegas beliau memerintahkan agar si pembunuh jangan dianiaya.
Saidina Ali kw memberitahu apabila ahli waris Saidina Ali menghendakinya, ia harus dihukum mati dengan sekali pukulan pedang, tetapi tidak boleh disiksa. Mayatnya tidak boleh diapa-apakan. Para anggota keluarganya tidak harus menderita kerana perbuatannya itu, dan harta bendanya tidak boleh disita. Saidina Ali menunjuk puteranya Imam Hasan sebagai khalifah.
Diubah suai daripada Kitab Nahjul Balaghah
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment