Thursday, July 17, 2008

Kelahiran Aida






Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan kuasa dan keagungannya kira-kira jam 12.42 tengahari tadi, terciptalah satu lagi lembaran sejarah dalam hidupku kerana isteriku selamat melahirkan cahaya mata perempuan iaitu anakku yang ke-5 di Poliklinik Bakti Tanjong Malim. Bayiku mempunyai berat 3 kg semasa dilahirkan. Isteriku telah bersalin secara normal iaitu samalah seperti anak-anak yang terdahulu.

Saat yang diharungi bermula jam 10.00 pagi amat memeritkan. Ini adalah kerana ku melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteriku yang teramatlah dasyhatnya. Kadang-kadang aku menyalahkan diriku juga kerana tidak dapat berkongsi kesakitan itu bersama-sama. Namun ku melihat isteriku begitu tabah dan cekal dalam mengharungi saat-saat akhir sebelum kelahiran bayiku.

Di sini ku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua saudara mara, kawan-kawan, murid-murid dan sesiapa sahaja yang telah mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Berkat doa kalian bayiku yang kunamakan Aida telah selamat dilahirkan. Nama Aida membawa Maksud beruntung.

No comments: