Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya ‘Idilfitri 1429H



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

SAYA, Shamsuddin bin Yaacob, isteri saya, Hazlina binti Tajudin dan anak-anak saya, Anfaal, Abdul Aziz, Abdul Alim, Abdul Azim dan Aida ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Idilfitri kepada semua pembaca dan pengunjung Blog ini walau di mana jua saudara/ri berada dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Sekiranya ada pembaca yang tersinggung setelah membaca kandungan Blog milik saya selama ini, saya memohon keampunan dan kemaafan dengan ungkapan berterus terang bahawa tidak sedikit pun terniat di hati saya untuk menyinggung mana-mana pihak ketika menggarap idea dalam blog ini.

Salam hormat daripada Cikgu Shamsuddin sekeluarga.

No comments: