hari ini sangat istimewa!
pertama: Ia adalah cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia sebab Deepavali!
kedua : Aku bercuti sehingga hari Rabu.
ketiga : Ini adalah hadiah untuk aku....
Tahun ini aku akan membawa diri aku ke satu destinasi baru untuk beberapa hari semata-mata tanda penghargaan buat diri aku yang sangat aku sayangi dan aku hargai. Sesungguhnya tanpa adanya diri aku ini, pasti tidak akan wujud aku!
Dan sebagai bukti betapa bertuahnya aku kerana memiliki diri yang sangat prihatin terhadapku, aku berjanji akan menjaga diriku dengan sebaik-baiknya, tidak sekali-kali mendahulukan yang lain kecuali setelah aku mendahulukan diri aku sendiri. Harapan aku ialah aku akan terus mencintai dan menyanjung diri aku yang sentiasa bertungkus lumus bekerja dan bersedia berkhidmat untuk semua yang aku sayangi...
Terima kasih tidak terhingga buat diriku yang kini sudah berusia 35 tahun....Alhamdullillah!
Monday, October 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment