Friday, October 31, 2008

Mengundang Bahagia atau Bala?

RM1,000 nikah ibu tunggal
Oleh Amir Mamat
amirapis@hmetro.com.my

MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.

Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.

Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki.

“Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan. “Perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Kerajaan negeri akan memutuskan mengenainya selepas perbincangan dibuat dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya di sini, kelmarin.

Mohd Ali berkata, dalam usaha menangani gejala sosial seperti kegiatan seks luar nikah dan Mat Rempit, kerajaan negeri mempertimbangkan memberi hadiah serupa kepada belia yang mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.

Katanya, galakan seperti itu mampu membasmi gejala tidak sihat terbabit daripada berleluasa dan menggalakkan belia berkahwin pada usia muda.“Ketika ini, ramai remaja perempuan dikesan melahirkan anak luar nikah yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah diri serta keluarga.

“Ramai tenaga profesional di negeri ini mencadangkan kepada saya mengenai hal terbabit. Saya fikir ia baik untuk belia di negeri ini.“Sebab itu kita sedia mempertimbangkan memberi insentif kepada belia yang berkahwin awal iaitu pada usia bawah 30 tahun supaya mereka mempunyai rasa tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.

Apa aku fikir?

Benda dah termaktub dalam Al-Quran, apa lagi nak dipertikaikan...Pilihan di tangan "mereka"..cuma kenapa kini ada nilai RM dalam isu ini?
Mungkin statistik penceraian dan kes tangkap basah dan anak luar nikah yang meningkat membuka minda para bijak pandai kut! Itu belum kes gugur secara haram...
Aku lelaki...apa kisahnya! Dan bab poligami ni pilihan lelaki bukan pilihan pompuan.
Kalau nak dikupas soal hati dan perasaan, baik tak yah kawin dan beranak pinak...Paling mudah, kalau nak buat cara nak...kalau tak nak, buat cara tak nak! Senang cerita, tak payah nak jaja kisah rumah tangga dan kisah hati yang terguris ke sana-sini! Buat apanya!
Dan kalau berfikir untuk poligami hanya nak hadap RM1000, tu rasanya tak berbaloi dgn nak ngadap maki hamun caci cerca isteri pertama (buat suami) dan madu (buat isteri muda).
Kawan aku pernah kata.."tuntutan fisiologi"....hehehehe! Aku tak tau...
Bila difikir pun, sanggup ke isteri menanggung subahat dosa suaminya berzina bila dia tak sanggup bermadu? Hakikatnya ramai sangat suami kat luar sana yang berzina sms, berzina mata, berzina kata-kata...
Dan bila dihalusi, sanggup ke janda-janda kat luar sana menjadi madu hanya kerana RM yang ditawarkan sedangkan perlindungan yang kononnya bakal diberi mungkin bertukar "engko tanggung sendiri"...Wal hasil..balik asal...
Wahai wanita di luar sana, fikirlah apa yang terbaik untuk diri sendiri! Sanggup harung, buat! Tak sanggup jangan! Lelaki tetap lelaki...empat mungkin nampak banyak bila ada satu, tapi bila dah cukup, mungkin macam nak lagi...

Thursday, October 30, 2008

Politik Kita!

Perkara Ahli Nujum Negara
Kelemahan
Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'

Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yangmanakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara daribilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan..

Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang adadi genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

Monday, October 27, 2008

Di tarikh ini

hari ini sangat istimewa!
pertama: Ia adalah cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia sebab Deepavali!
kedua : Aku bercuti sehingga hari Rabu.
ketiga : Ini adalah hadiah untuk aku....
Tahun ini aku akan membawa diri aku ke satu destinasi baru untuk beberapa hari semata-mata tanda penghargaan buat diri aku yang sangat aku sayangi dan aku hargai. Sesungguhnya tanpa adanya diri aku ini, pasti tidak akan wujud aku!
Dan sebagai bukti betapa bertuahnya aku kerana memiliki diri yang sangat prihatin terhadapku, aku berjanji akan menjaga diriku dengan sebaik-baiknya, tidak sekali-kali mendahulukan yang lain kecuali setelah aku mendahulukan diri aku sendiri. Harapan aku ialah aku akan terus mencintai dan menyanjung diri aku yang sentiasa bertungkus lumus bekerja dan bersedia berkhidmat untuk semua yang aku sayangi...
Terima kasih tidak terhingga buat diriku yang kini sudah berusia 35 tahun....Alhamdullillah!

Saturday, October 25, 2008

Kisah anak gajah!

Satu hari kawan Nor (nama Bibah) menunjuk barang kemas (rantai tangan)yang baru di hadiahkan oleh suaminya sempena dengan ulang tahun perkahwinannya. Nor amat tertarik dengan corak gelang tangan tersebut. Nor menyimpan hasrat untuk membeli gelang tangan macam Bibah.

Satu hari Nor mengajak Bibah ke kedai emas di mana Bibah membelinya dulu. Nor kata dia dapat bonus dua bulan, jadi cukup untuk beli rantai tangan macam Bibah. Hari itu masa lunch Bibah pergi ke kedai emas menemani Nor.

Masa itu hujan renyai. Nor dan Bibah guna payung berasingan. Nor dan Bibah lintas jalan, Nor pegang tangan Bibah. “Hati-hati kau tu mengandung nanti jatuh suami kau marah aku pulak”, kata Nor. Sampai di kedai emas, “Benggali” jaga di kedai Emas tu berkata, “Hei adik, ini jalan licin baikbaik nanti jatuh”. Bibah menjawap, “Terima kasih bai”. Jaga tu tanya lagi,”Adik mana mau pegi, hari hujan”. Bibah jawab, “Mahu hantar kawan beli gelang tangan”. ‘Okey masuk masuk”, jawab jaga tu.

Bibah dan Nor mula lah tawar menawar harga gelang tangan itu. Selesai urusan jual beli, hujan masih turun lagi, lebih lebat lagi dari tadi. Bai jaga tu kesihan tengok Bibah berdiri lama dan pelawa Bibah duduk di kerusi yang dia duduk. Bai jaga tu tanya Bibah dan Nor kerja mana dan macam macam lagi mereka berbual-bual sambil menunggu hujan reda. Tiba-tiba Bibah tersentak bila Benggali jaga tu tanya Bibah, “Adik bai mau tanyak sikitlah, ini perut besar apa isi?”. Nor pelik dah hampir setengah jam berbual baru perasan perut Bibah yang agak besar. Bibah pandang Nor seolah menyuruh Nor jawab. Nor jawab, “Ai bai sudah kawin itu dalam babylah, apa lagi”. Bai itu jawap sengeh, “Oooooh itu macamkah”. Nor pulak cuba nak lawak dengan Bai tadi dia pun tanya bai tu,

“Ei bai itu bai punya perut besar apa ada dalam?”. Bai itu jawap, “Oh.. Ini dalam ada anak gajahlah”. Nor pelik, Bibah pun tanya “Anak gajah!!?”. Bai jawap, “Ialah, saya belum kawin ini dalam anak gajahlah pasal dia punya belalai ada sini dekat bawah!!! Nor dan Bibah menyumpah Benggali jaga tu. Dalam hati, “Celaka punya Benggali..Kita jangan layanlah Benggali ni baik kita belah.”. Mereka beredar dan bai Benggali tu senyum melihat Nor dan Bibah menjeling padanya

Kisah Kambing dan Ayam

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya.Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah, ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya…..

Kambing: Apsal pulak?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak…