Monday, January 26, 2009

Kedai impianku telah dibuka



Syukur ke hadrat Allah swt kerana kedai impianku telah mula beroperasi 24 haribulan Januari yang lepas. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar semenjak ianya dibuka. Kepada kawan-kawan atau sesiapa saja bolehlah bertandang ke kedaiku ini untuk melayari internet atau sembang-sembang denganku. Waktu kedai beroperasi 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Banyak perkhidmatan yang boleh didapati di sini seperti fotostat, topup, air mineral, ais krim, repair pc, update antivirus laptop/pc, sembang-sembang pasal komputer atau apa-apa jer. Doakanlah aku berjaya bisnes ini.

5 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Tahniah bro...! Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Gaya Muda Familia said...

that's great...congrates

Noraini Osman said...

tahniah, bertambah lagi usahawan melayu.

azlanlin said...

TAHNIAH..atas kejayaan membuka 'sesuatu' yang baru. Pancaroba semasa nak membuka telah berjaya ditempuhi... Pancaroba untuk mengukuh dan menerobos pasaran juga memerlukan kekuatan minda. Cekalkan hati, kuatkan minda. Asam-garam kehidupan usahawan menuntut banyak pengorbanan. Saya sudah menempuhnya dan akan terus menempuh dan mencorak warnakan pasaran...hehehhe. Memang best...!!!

RED said...

tahniah. semoga terus berjaya dalam karier, hidup dan keluarga