Wednesday, August 20, 2008

SEKOLAH YANG BERJAYA

1. ABSTRAK

Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan 2020. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

Jesteru itu bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah yang berjaya adalah merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat pengkaji-pengkaji seperti Morrison,K. Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas bahawa sekolah yang berjaya boleh dicapai dan direalisasikan sebagai satu instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Ciri-ciri sekolah berjaya adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang dinamis dan berkesan , pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai berjaya.

Sesungguhnya sekolah yang berjaya bukanlah impian yang tidak boleh menjadi kenyataan, malahan ia adalah sesuatu yang mampu dicapai sekiranya mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.

2. PENGENALAN

Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar. Ini adalah kerana pelajar –pelajar pada hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju, satu komitmen yang waja dan jitu adalah diperlukan di kalangan pelajar-pelajar bagi menimba ilmu.

Menurut Mahathir Mohamed (1995) sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa negara Jepun dan Jerman yang pernah kalah dalam peperangan dunia telah bangun semula dan lebih maju daripada negara yang mengalahkan mereka. Ini disebabkan mereka berani dan sanggup mengambil risiko serta mempunyai nilai-nilai yang mulia dan berdisiplin di mana ini membolehkan mereka maju dan mencapai kejayaan.

Bagi melahirkan satu jenerasi yang cemerlang, kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat, menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara.

Bagi mencapai tujuan tersebut, keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berjaya adalah diperlukan. Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik, iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran, komitmen di kalangan guru, ibubapa, waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut.

Menurut Sulaiman Masri (1996), keluarga yang bahagia akan dapat melahirkan budaya cemerlang di kalangan anak-anak. Begitulah juga di dalam melahirkan sebuah sekolah yang berjaya di mana keadaan sekolah yang bahagia di kalangan warga sekolah akan menjamin berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna di kalangan pelajar-pelajar. Jesteru itu maka golongan muda akan membesar sebagai seorang individu yang berkualiti di mana mereka akan bersedia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

Oliver (1994) telah menurunkan suatu model komitmen yang menghubungkan ciri-ciri organisasi dan ciri-ciri individu. Dalam model ini, beliau menyatakan jangkaan individu terhadap kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi. Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta perlakuan adalah bergantung kepada nilai-nilai individu serta keadaan persekitaran. Sebagai contohnya, amalan penyeliaan, ganjaran dan sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan menjadi daya pendorong kepada cara kerja individu dalam satu bentuk sosialisasi, perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta nilai kumpulan. Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama mengemblengkan tenaga bagi mencapai tujuan yang tersebut.

3. TUJUAN KAJIAN

Pada dasarnya kajian ini bertujuan seperti berikut:

Mengenalpasti jenis dan corak kepemimpinan pengetua yang berupaya mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah melalui berbagai-bagai kaedah dan "grooming" yang digunakan di dalam mentadbir sekolah.

Mengenalpasti sejauh mana keberkesanan pengurusan kurikulum dapat mempertingkatkan kecemerlangan akademik.

Mengenalpasti sejauh mana pemantauan oleh pihak pentadbir sekolah boleh membawa sesebuah sekolah itu ke arus kejayaan.

Mengukur sejauh mana aktiviti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang dilaksanakan di sekolah dapat memberi kesan yang positif keatas kecemerlangan akademik.

Menilai peningkatan disiplin di kalangan pelajar yang membolehkan sesebuah sekolah itu dikatakan sebagai sebuah sekolah yang berjaya.

Melihat sejauh mana keberkesanannya mempunyai seorang guru yang berkesan boleh membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah itu.

Melihat sejauh mana guru atau sekumpulan guru dapat membantu pelajar mencapai matlamat pembelajarannya melalui aktiviti berkumpulan – Model Fasilitator Bestari

4. KONSEP SEKOLAH YANG BERJAYA

Sekolah yang berjaya boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

5. ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH YANG BERJAYA

5.1 Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan:
Penampilan diri
Kesihatan fizikal dan mental yang sihat
Beramanah, ikhlas, ada sense of humor dan tidak mementingkan diri sendiri
Berkeyakinan diri yang tinggi
Mahir berkomunikasi
Ketrampilan pentadbiran
Kebolehan menganalisa masalah
Kebolehan membuat keputusan

5.2 Keperluan pengurusan organisasi
Sensitiviti
Ketrampilan interpersonal
Kemahiran kaunseling
Kemahiran membina pasukan
Kemahiran penyelesaian konflik
Kemahiran pengurusan tekanan dan masa
Akauntabiliti

5.3 Pengurusan kurikulum yang tersusun
Pengurusan Pra Pengajaran dan Pembelajaran
Ketentuan sistem kelas yang akan digunakan
Jadual waktu kurikulum
Pemilihan guru untuk mengajar sesuatu matapelajaran
Perancangan dan persediaan Pengajaran dan Pembelajaran
Penentuan set pelajar

5.4 Pengurusan semasa pengajaran dan pembelajaran
Kaedah mengajar
Penggunaan ABM
Penilaian atau tugasan
Pemantauan P & P
Rondaan – mempastikan ada guru mengajar dan proses P & P berjalan
Pencerapan pengajaran guru
Kekuatan dan kekurangan dari segi isi
Teknik pengajaran
Respon pelajar ke atas pengajaran yang dibuat
Semakan buku nota dan latihan pelajar
Memenuhi kuota latihan
Menghabiskan sukatan pelajaran
Kualiti pemeriksaan buku-buku ringkasan
Kerja-kerja pemulihan
Penyemakan buku rekod pengajaran guru
Perancangan tahunan , penggal , mingguan dan harian

Ujian dan peperiksaan
Model Penyeliaan
Penyeliaan klinikal
Penyeliaan kendiri
Kecemerlangan disiplin

sahsiah
Berpakaian kemas
Rambut yang kemas dan pendek
Tingkah laku
Sopan santun
Baik tutur kata

Kehadiran ke sekolah
Tidak ponteng sekolah
Hadir di dalam kegiatan kokurikulum
Menyertakan surat waris atau doktor jika tidak hadir ke sekolah

Guru Berkesan
Dapat menghasilkan sesuatu menerusi pengajaran
Memiliki ciri-ciri personel tertentu
Melakukan sesuatu dalam tugas mengajar
Model Fasilitator
Sahsiah
Profesional
Teknologi
Motivasi
Pengurusan bilik darjah
Strategi, kaedah, teknik

PENUTUP

Keseluruhan kertas kerja ini membincangkan elemen-elemen yang sesuai bagi menganggap sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berjaya dan langkah-langkah yang sesuai bagi mencapaikan matlamat tersebut. Ini termasuklah dari aspek yang utama iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu , dimasukkan juga aspek-aspek lain yang difikirkan perlu di dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik serta pengurusan kurikulum dan kokurikulum di sesebuah sekolah.

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan peringkat yang terpenting dalam pendidikan di sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan canggih sudah pasti penghasilan pelajar yang dihasilkan akan lebih bermutu dan mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara. Oleh itu , bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi perhatian utama oleh setiap pengurus sekolah.

Penyeliaan ke atas pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa sangat diperlukan sebagai saluran pengawasan untuk pembaikan dan pemantapan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di atas landasan yang betul dan bermutu tinggi selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

oleh
Huzaidy Bin Hussain
Ramly Bin Berahan
Mohd.Faudzi Bin Abd.Hamid
Mohamad Baharom

Program Sarjana Sains Pengurusan (Pengurusan Pendidikan)
Universiti Utara Malaysia

No comments: