Tuesday, August 5, 2008

Tazkirah (3)

Saya selalu berpesan kepada diri saya dan berpesan kepada awak bahawa tiada sesaat pun yang dikesali oleh penghuni syurga melainkan masa-masa yang telah mereka lalui tanpa berzikir kepada ALLAH SWT.

Cuba bayangkan...dah masuk syurga pun masih lagi menyesal sebab kurang zikir..apatah lagi kalau tak dapat langsung hidu bau syurga yang harumnya dapat dihidu sejauh jarak beratus-ratus tahun...

Satu "subhanALLAH" yg diucapkan, ALLAH akan tumbuhkan satu pohon dalam syurga...
bayang-bayang pohon dalam syurga, seandainya dikelilingi oleh seekor kuda yang paling pantas, selama 500 tahun pun belum habis pusing...

Satu "subhanALLAH" yg diucapkan, ALLAH akan tingkatkan syurga sejauh langit dan bumi...
beza di antara 2 tingkatan syurga adalah ibarat cincin dengan seluruh pasir di tepian pantai..
penghuni syurga di tingkat atas boleh menziarahi penghuni syurga di tingkat bawah..tetapi
penghuni syurga di tingkat bawah tak boleh naik ke atas..kerana kalau mereka sudah naik ke atas, mereka tak mahu turun balik...huhu..alangkah ruginya...

Dalam syurga tiada kelaparan...manusia menikmati makanan bukan kerana lapar, tetapi kerana nikmat..

Kesedapan makanan akan terasa sampai ke bulu roma...subhanALLAH....

Orang yang terlihat burung yangg sedang terbang...teringin nak makan daging burung tu..lalu ALLAH jelmakan daging burung siap dipanggang hadir di depan mata..Masya-ALLAH...

Di dalam syurga tiada lagi AMAL...tiada lagi HUKUM...
Di syurga adalah tempat mendapat ganjaran untuk semua AMAL...

Lelaki-lelaki soleh...di sisi mereka bidadari-bidadari bermata jeli...
berbulu mata lentik bak sayap burung rajawali...
putih kulit nampak sampai ke tulang sumsum walaupun di selubungi 70 lapis kain sutera...
setitis air liur jika jatuh ke laut, air laut boleh jadi masin...
setitis peluh jatuh ke bumi, bumi menjadi wangi...
seketika menjenguk muka ke dunia...alam terang benderang selepas gelita....
berkata bidadari kepada lelaki soleh,"datanglah kepadaku....aku milikmu"

Wanita-wanita solehah disisi mereka pemuda-pemuda yang muda dan tampan...
umur seperti umur Nabi ISA...
tinggi seperti Nabi Adam...

selekeh-selekeh mahligai dalam syurga...
lebarnya 1000 tahun perjalanan...
panjangnya 1000 tahun perjalanan...
tingginya 1000 tahun perjalanan...

Iman sebesar zarah yg dibawa jumpa ALLAH..
ALLAH akan balas dengan syurga yang luasnya 10 kali ganda besar dunia...

"Kalaulah dunia ini ada nilai di sisi ALLAH hatta sebesar kepak nyamuk, nescaya ALLAH sesekali tidak akan mengizinkan minum untuk orang kafir walaupun seteguk air" - mafhum hadis.

Tetapi oleh kerana dunia ini takda nilai, ALLAH akan bagi pada sesiapa yang nak rebut
kerana DIA MAHA PEMURAH, bukanlah bersifat kedekut...

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai matlamatnya maka dunia akan datang tunduk kepadanya secara menghina..."

Kerana akhirat itu ibarat cahaya tetapi dunia itu bayang-bayangnya...
Kalau kita cari cahaya...bayang-bayang akan ikut kita...

Kapal perlukan air untuk belayar...tetapi kalau air sudah masuk ke dalam kapal..
Pasti kapal itu akan tenggelam...
Kita perlukan 'dunia' untuk beramal, tetapi jangan sampai dunia itu masuk ke dalam hati,
nanti hati kita akan 'karam'...

Bak kata pantun melayu:
"Ramai orang mengetam pulut, hamba sorang mengetam padi..
ramai orang karam di laut, hamba sorang karam di hati..."

No comments: