Monday, August 11, 2008

Remaja perlukan bekalan akhirat

PERSOALAN mati memang fobia dan trauma kepada semua lapisan masyarakat, bangsa dan budaya.

Kebimbangan seseorang tidak kira usia, sama ada yang menjangkau 60 tahun ke atas, atau yang masih dalam lingkungan usia belasan hingga 20-an.

Mati pun tidak kenal usia atau bangsa, ia akan menemui seseorang itu sama ada dia bersedia atau pun tidak.

Mati juga tidak boleh ditunda hingga ke suatu waktu yang tidak diketahui oleh sesiapa, kerana adalah satu hakikat yang akan menjelma pada bila-bila masa seperti yang ditegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 78 surah an-Nisa yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

Ada manusia yang mati kerana sakit tua, ini adalah lazim berlaku kepada mereka, ada pula yang mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tidak kurang yang mati kerana sedang berseronok-seronok di taman-taman bunga, di padang bola, stadium kerana menyaksikan konsert hiburan, di studio-studio, sedang menonton wayang, sedang bermesyuarat dan bermacam-macam lagi karenah manusia yang cenderung kepada dunia yang melalaikan.

Sementara bagi golongan remaja pula, seolah-olah mati tidak ada dalam kamus hidup mereka. Sebab itu mereka lebih cenderung kepada program-program dunia yang menjurus kepada tidak mengingati Allah, hari akhirat, persediaan dalam alam kubur, persoalan Munkar dan Nakir dan sebagainya.

Malah ada antara mereka dengan sikap ego menegaskan bahawa masa muda inilah perlu dihabiskan untuk bersuka ria (enjoy), nanti kalau sudah tua barulah bertaubat.

Justeru, konsep taubat dalam konteks hari ini seolah-olah hanya tertumpu kepada golongan yang sudah berkaki tiga (bertongkat), yang bongkok, yang terlantar di hospital.
Ini berlaku kerana tiada kesungguhan pihak berkuasa, lebih tepat golongan pemerintah atau penguasa tidak mengadakan penerangan padu lagi jitu mengenai kefahaman agama sekali gus membimbing remaja mencintai ajaran agama.

Akhbar-akhbar arus perdana, program televisyen sama ada yang dimiliki kerajaan apatah lagi yang dimiliki swasta banyak memuatkan agenda hiburan, sukan melampau seolah-olah membayangkan mentaliti perancang agenda berkenaan cenderung kepada aspek-aspek yang telah disebutkan.

Tetapi persoalan utama di sini, ialah bagaimana pula jika Allah SWT mematikan pada usia muda, apakah mereka sudah bersedia dengan bekalan amalan yang diperintahkan kepada mereka untuk dilaksanakan?

Kita semua sedar bahawa persekitaran yang melingkungi diri kita pada hari ini bukanlah persekitaran Islam yang boleh dibanggakan, walau pun terdapat pihak tertentu menyifatkan kita sudah berada dalam sebuah negara yang mengamalkan Islam.

Kalau itu yang didakwakan pihak tertentu, maka bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur bersih daripada kawasan pelacuran yang membimbangkan.

Tetapi kita nak tanya mereka yang mendakwa demikian, Islam yang macam mana? Islam hakikikah? Islam Hadharikah? Islam Liberalkah? Islam Pluralismekah?

Tapi yang kita tahu, Islam tidak dilaksanakan dalam negara Malaysia ini menurut hukum syarak, sama ada hudud, qisas ataupun takzir, yang ada semua bohong belaka.

Kalau betul Islam dilaksanakan, kenapa mak menteri masih tidak bertudung, menutup aurat itukan perintah Allah, sesiapa yang melanggarnya berdosa besar. Undang-undang Islam juga tidak dilaksanakan dalam pentadbiran negara, macam-macam lagi dakwaan yang tidak berasas.

Pokoknya di sini, jika pemerintah tidak minat untuk menyedia, merancang, program-program agama khusus buat remaja, maka tidak hairan gejala songsang yang menyalahi konsep agama Islam sebenar akan pudar dan musnah, ini sebagai permulaan ke arah untuk lebih tidak bersedia dengan bekalan, amalan untuk hari akhirat.

Kalau benar pihak tertentu khususnya kerajaan mahu menyelamatkan golongan remaja, mereka sepatutnya membatalkan segera segala program berbentuk hiburan keterlaluan, jadi tidak ada lagi selepas ini JomHeboh yang melalaikan, Akademi Fantasia, One in the Million, konsert goyang gerudi Inul, Mentor dan macam-macam lagi.

Sekarang timbul pula program realiti 'Akademi Nasyid'. Banyak pihak keliru dengan konsep, pendekatan dan penampilan peserta yang bertanding, apa yang dapat umum simpulkan, nasyid akan membawa lagu-lagu berkonsepkan kesedaran, sama ada berpaksikan tauhid ketuhanan, peranan serta tugas para Anbiya, berkorban untuk agama, mengajak umum untuk beribadat, bersatu-padu dan sebagainya.

Tetapi ada yang tidak kena dengan program realiti berkenaan, penampilan peserta lelaki yang berambut panjang, amat tidak sinonim dengan persembahan nasyid seperti yang difahami umum.

Peserta perempuannya pula 'bertabarruj' atau bersolek sama seperti artis pop wanita lain, persoalannya di sini, apakah kewujudan program itu adalah untuk mengimbangi 'Akademi Fantasia' yang sudah masuk musim keenam 'jahanam', atau ada perkara yang tersirat.
Apapun ia masih terbuka untuk dikritik, kerana yang penting setiap program yang disediakan seumpama itu, matlamatnya adalah golongan remaja adalah sasaran tepatnya.

Jika ia tidak menepati tuntutan dan ruang lingkup agama, ia mungkin akan jadi 'back fire' kepada penganjur dan institusi agama dalam negara di semua peringkat, malah tidak sedikit pun mengingatkan mereka dengan 'mati'.

Ingatlah, bahawa baik remaja, maka baiklah masa depan negara dan sebaliknya jika rosak remaja maka rosaklah negara, agama dan bangsa, apabila manusia sudah roboh harga diri dan maruah mereka, usah kita bermimpi untuk mampu membina mereka pada waktu yang singkat, kerana manusia bukan bangunan yang boleh kita rancang tempoh untuk dibangunkan.

Justeru, wahai adik-adik remajaku sekalian! Walaupun ada pihak tertentu tidak bersungguh untuk mengingatkan remaja tentang persoalan mati, para remaja perlu mengingatkan diri mengenainya, kerana kematian akan menemui mereka tanpa diduga.

Jadilah remaja seperti yang pernah ditegaskan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat bangga (kagum) dengan golongan remaja yang tiada dalam diri mereka ciri-ciri kejahatan."

Ketahuilah, bahawa yang menjayakan program Islam pada zaman baginda Rasulullah s.a.w., majoriti terdiri daripada golongan remaja. Apakah mereka tiada kecenderungan untuk berhibur, atau dengan lain perkataan tidak mahu 'enjoy' pada usia demikian.

Mereka pun mempunyai cita-cita seperti remaja hari ini, cuma yang membezakan ialah kesanggupan mereka berkorban untuk meninggikan syiar-syiar Islam, sanggup mati demi untuknya.

Maka lahirlah slogan yang cukup tersohor untuk dikongsikan bersama remaja hari ini, iaitu Allah matlamat hidup kita, Rasulullah contoh teladan kami, al-Quran perlembagaan hidup kami, berjihad cara hidup kami dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami.

Motivasi al-Quran: Ayat-ayat mengenai kejayaan remaja

APA dimaksudkan kejayaan yang diraih golongan remaja, adalah dari sudut pegangan kuat mereka terhadap agama, memiliki kekentalan iman dan akidah yang tidak mudah goyah ketika berhadapan dengan sesuatu isu, sama ada godaan yang datang daripada wanita, habuan kekayaan yang bersifat sementara dan pelbagai isu lain.

Sifat-sifat ini pernah dimiliki oleh remaja atau pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang diceritakan Allah dengan terperinci dalam satu surah yang juga dikenali dengan al-Kahfi yang bermaksud gua, iaitu para pemuda yang tertidur dalam gua selama 300 tahun kerana lari daripada kezaliman raja yang menindas rakyatnya.

Allah menceritakan tentang mereka menerusi ayat 9-14 surah al-Kahfi maksudnya: "Adakah Engkau menyangka (Wahai Muhammad), Bahawa kisah 'Ashaabul Kahfi' dan 'Ar-Raqiim' itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan agama kami". (10)

"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11).

"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka Yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12)

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (13)

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan Yang Mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh daripada kebenaran." (14)

Remaja perlu rujuk nasihat Luqman al-Hakim

Begitu juga dengan pemuda Ashabul Ukhdud yang memiliki kekuatan akidah hingga sanggup berkorban demi kepentingan agama dengan menyeru orang ramai supaya menerima Islam sebagai pegangan mereka hingga ke akhir hayat.

Dengan izin Allah SWT seluruh penduduk yang diperintah oleh seorang raja yang sangat zalim menerima Islam hasil penyampaian yang dilakukan seorang pemuda yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.

Cerita mengenai mereka boleh dirujuk menerusi ayat pertama hingga ayat terakhir iaitu ayat 22 daripada surah al-Buruj, ia amat memberi kesan yang amat mendalam kerana kesanggupan mereka berhadapan dengan kuasa toghut walau pun terdiri daripada satu kaum dengan kekuatan iman kepada Allah SWT.

Dalam kesempatan ini, paling penting ialah remaja perlu merujuk nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya bagi meniti kejayaan sebenar, nasihat-nasihat yang disampaikan itu antara lain:
1- Bersyukur kepada Allah.
2- Tidak melakukan syirik kepada-Nya.
3- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
4- Menunaikan solat.
5- Menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
6- Bersabar terhadap ujian yang menimpa diri.
7- Tidak bertindak sombong dan angkuh kepada manusia.
8- Besederhana ketika berjalan (tidak terlalu cepat atau lambat).
9- Merendahkan suara ketika bercakap.

Demikianlah petua atau kunci kejayaan seseorang remaja yang dirakam Allah menerusi kitab-Nya yang menjadi pedoman kepada seluruh bangsa manusia hingga berlakunya hari Kiamat.

Tuesday, August 5, 2008

Tazkirah (3)

Saya selalu berpesan kepada diri saya dan berpesan kepada awak bahawa tiada sesaat pun yang dikesali oleh penghuni syurga melainkan masa-masa yang telah mereka lalui tanpa berzikir kepada ALLAH SWT.

Cuba bayangkan...dah masuk syurga pun masih lagi menyesal sebab kurang zikir..apatah lagi kalau tak dapat langsung hidu bau syurga yang harumnya dapat dihidu sejauh jarak beratus-ratus tahun...

Satu "subhanALLAH" yg diucapkan, ALLAH akan tumbuhkan satu pohon dalam syurga...
bayang-bayang pohon dalam syurga, seandainya dikelilingi oleh seekor kuda yang paling pantas, selama 500 tahun pun belum habis pusing...

Satu "subhanALLAH" yg diucapkan, ALLAH akan tingkatkan syurga sejauh langit dan bumi...
beza di antara 2 tingkatan syurga adalah ibarat cincin dengan seluruh pasir di tepian pantai..
penghuni syurga di tingkat atas boleh menziarahi penghuni syurga di tingkat bawah..tetapi
penghuni syurga di tingkat bawah tak boleh naik ke atas..kerana kalau mereka sudah naik ke atas, mereka tak mahu turun balik...huhu..alangkah ruginya...

Dalam syurga tiada kelaparan...manusia menikmati makanan bukan kerana lapar, tetapi kerana nikmat..

Kesedapan makanan akan terasa sampai ke bulu roma...subhanALLAH....

Orang yang terlihat burung yangg sedang terbang...teringin nak makan daging burung tu..lalu ALLAH jelmakan daging burung siap dipanggang hadir di depan mata..Masya-ALLAH...

Di dalam syurga tiada lagi AMAL...tiada lagi HUKUM...
Di syurga adalah tempat mendapat ganjaran untuk semua AMAL...

Lelaki-lelaki soleh...di sisi mereka bidadari-bidadari bermata jeli...
berbulu mata lentik bak sayap burung rajawali...
putih kulit nampak sampai ke tulang sumsum walaupun di selubungi 70 lapis kain sutera...
setitis air liur jika jatuh ke laut, air laut boleh jadi masin...
setitis peluh jatuh ke bumi, bumi menjadi wangi...
seketika menjenguk muka ke dunia...alam terang benderang selepas gelita....
berkata bidadari kepada lelaki soleh,"datanglah kepadaku....aku milikmu"

Wanita-wanita solehah disisi mereka pemuda-pemuda yang muda dan tampan...
umur seperti umur Nabi ISA...
tinggi seperti Nabi Adam...

selekeh-selekeh mahligai dalam syurga...
lebarnya 1000 tahun perjalanan...
panjangnya 1000 tahun perjalanan...
tingginya 1000 tahun perjalanan...

Iman sebesar zarah yg dibawa jumpa ALLAH..
ALLAH akan balas dengan syurga yang luasnya 10 kali ganda besar dunia...

"Kalaulah dunia ini ada nilai di sisi ALLAH hatta sebesar kepak nyamuk, nescaya ALLAH sesekali tidak akan mengizinkan minum untuk orang kafir walaupun seteguk air" - mafhum hadis.

Tetapi oleh kerana dunia ini takda nilai, ALLAH akan bagi pada sesiapa yang nak rebut
kerana DIA MAHA PEMURAH, bukanlah bersifat kedekut...

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai matlamatnya maka dunia akan datang tunduk kepadanya secara menghina..."

Kerana akhirat itu ibarat cahaya tetapi dunia itu bayang-bayangnya...
Kalau kita cari cahaya...bayang-bayang akan ikut kita...

Kapal perlukan air untuk belayar...tetapi kalau air sudah masuk ke dalam kapal..
Pasti kapal itu akan tenggelam...
Kita perlukan 'dunia' untuk beramal, tetapi jangan sampai dunia itu masuk ke dalam hati,
nanti hati kita akan 'karam'...

Bak kata pantun melayu:
"Ramai orang mengetam pulut, hamba sorang mengetam padi..
ramai orang karam di laut, hamba sorang karam di hati..."

Thursday, July 24, 2008

Di Mana Universitia Kita?

100 UNIVERSITI TERBAIK DI ASIA DAN RANKINGNYA DI DUNIA…..

1 UNIVERSITY OF TOKYO 61
2 NATIONAL TAIWAN UNIVERSITY 73
3 BEIJING UNIVERSITY 133
4 NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE 141
5 KYOTO UNIVERSITY 142
6 UNIVERSITY OF HONG KONG 156
7 KEIO UNIVERSITY 162
8 CHINESE UNIVERSITY OF HONG KONG 163
9 NATIONAL CHIAO TUNG UNIVERSITY 237
10 UNIVERSITY OF TSUKUBA 239
11 NATIONAL SUN YAT-SEN UNIVERSITY 263
12 SEOUL NATIONAL UNIVERSITY 273
13 OSAKA UNIVERSITY 276
14 TSINGHUA UNIVERSITY CHINA 279
15 NAGOYA UNIVERSITY 282
16 TOKYO INSTITUTE OF TECHNOLOGY 292
17 TOHOKU UNIVERSITY 294
18 KOREA ADVANCED INSTITUTE OF SCIENCE & TECHNOLOGY 306
19 PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY 309
20 NATIONAL CHENG KUNG UNIVERSITY 329
21 HONG KONG UNIVERSITY OF SCIENCE & TECHNOLOGY 347
22 NATIONAL TAIWAN NORMAL UNIVERSITY 388
23 KYUSHU UNIVERSITY 392
24 ZHEJIANG UNIVERSITY 395
25 NATIONAL TSING HUA UNIVERSITY TAIWAN 406
26 SHANGHAI JIAO TONG UNIVERSITY 422
27 CHULALONGKORN UNIVERSITY 443
28 UNIVERSITY OF SCIENCE & TECHNOLOGY OF CHINA 447
29 NATIONAL CENTRAL UNIVERSITY 448
30 NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY 469
31 KASETSART UNIVERSITY 477
32 FUDAN UNIVERSITY 480
33 UNITED NATIONS UNIVERSITY 483
34 HONG KONG POLYTECHNIC UNIVERSITY 497
35 RITSUMEIKAN UNIVERSITY 501
36 CITY UNIVERSITY OF HONG KONG 504
37 KOBE UNIVERSITY 548
38 NATIONAL CHENGCHI UNIVERSITY 552
39 INDIAN INSTITUTE OF TECHNOLOGY BOMBAY 559
40 TAMKANG UNIVERSITY 566
41 POHANG UNIVERSITY OF SCIENCE & TECHNOLOGY 575
42 NATIONAL CHUNG CHENG UNIVERSITY 607
43 HIROSHIMA UNIVERSITY 608
44 HONG KONG BAPTIST UNIVERSITY 617
45 I-SHOU UNIVERSITY 628
46 YONSEI UNIVERSITY 646
47 WASEDA UNIVERSITY 646
48 INDIAN INSTITUTE OF SCIENCE BANGALORE 654
49 KOREA UNIVERSITY 659
50 SHANDONG UNIVERSITY 664
51 WUHAN UNIVERSITY 680
52 NATIONAL CHUNG HSING UNIVERSITY 695
53 UNIVERSITY OF ELECTRO-COMMUNICATIONS 697
54 NANJING UNIVERSITY 698
55 JAPAN ADVANCED INSTITUTE OF SCIENCE & TECHNOLOGY 702
56 ASIAN INSTITUTE OF TECHNOLOGY THAILAND 707
57 GADJAH MADA UNIVERSITY 734
58 HOSEI UNIVERSITY 735
59 TOKYO UNIVERSITY OF SCIENCE 736
60 TOKAI UNIVERSITY 759
61 BEIJING NORMAL UNIVERSITY 760
62 RYUKOKU UNIVERSITY 761
63 DOSHISHA UNIVERSITY 764
64 SUNGKYUNKWAN UNIVERSITY 777
65 XIAMEN UNIVERSITY 789
66 NARA INSTITUTE OF SCIENCE & TECHNOLOGY 796
67 FU JEN CATHOLIC UNIVERSITY 800
68 MAHIDOL UNIVERSITY 802
69 THAMMASAT UNIVERSITY 806
70 YAMAGATA UNIVERSITY 813
71 OKAYAMA UNIVERSITY 814
72 GUNMA UNIVERSITY 827
73 MIE UNIVERSITY 831
74 NIHON UNIVERSITY 839
75 CHIANG MAI UNIVERSITY 841
76 INSTITUTE OF TECHNOLOGY BANDUNG 844
77 NANKAI UNIVERSITY 848
78 NIIGATA UNIVERSITY 855
79 ASSUMPTION UNIVERSITY OF THAILAND 862
80 YUAN ZE UNIVERSITY 865
81 SHINSHU UNIVERSITY 882
82 KHON KAEN UNIVERSITY 883
83 UNIVERSITY OF THE PHILIPPINES DILIMAN 885
84 PUSAN NATIONAL UNIVERSITY 888
85 XI’AN JIAOTONG UNIVERSITY 896
86 PROVIDENCE UNIVERSITY 901
87 KANGWON NATIONAL UNIVERSITY 902
88 EAST CHINA NORMAL UNIVERSITY 919
89 RENMIN UNIVERSITY OF CHINA 926
90 HARBIN INSTITUTE OF TECHNOLOGY 938
91 KYUSHU INSTITUTE OF TECHNOLOGY 940
92 MEIJI UNIVERSITY 946
93 SOUTHEAST UNIVERSITY 949
94 YAMAGUCHI UNIVERSITY 957
95 CHIBA UNIVERSITY 959
96 FENG CHIA UNIVERSITY 964
97 OSAKA CITY UNIVERSITY 981
98 GIFU UNIVERSITY 982
99 INDIAN INSTITUTE OF TECHNOLOGY MADRAS 984
100 TUNGHAI UNIVERSITY 986

Jika tidak jumpa KLIK DI SINI
Jika masih sulit ditemui, biar saya bantu anda, KLIK DI SINI

Saturday, July 19, 2008

Berteman 12,000 mayat

Ada sesiapa berani pegang dan gosok mayat yang berlendir, rentung, berkecai dan putus kepala, atau memandikan jenazah mati di tali gantung, mangsa bunuh, lemas atau penghidap Aids? Siapa lagi yang sanggup kalau bukan Arbakyah Asmani, 55. Pekerjaan yang menakut dan menjijikkan bagi kebanyakan orang itu menjadi rutin Arbakyah sejak menjadi sukarelawan di Hospital Kajang selama 25 tahun.

Dalam tempoh itu dia menguruskan hampir 12,000 jenazah atau puratanya 40 mayat sebulan, termasuk Mona Fendey, mayat tiada waris seperti jenazah warga tua yang tidak dituntut anak atau warga asing yang mati disebabkan penyakit, menjalani hukuman gantung atau kemalangan.

Tugas Arbakyah, yang memulakan khidmatnya sejak berusia 30 tahun, bukan sekadar memandikan mayat, malah menyelesaikan semua urusan berkaitan, termasuk mengafan dan menyembahyangkan jenazah pelbagai bentuk dan saiz.

Malah, ada kalanya Arbakyah perlu turut sama memantau apabila ada kubur digali semula dan mengeluarkan mayat bagi kes tertentu seperti jenazah dikebumi mengikut agama lain.

Sukar untuk membayangkan tugas Arbakyah sebagai kerjaya, namun kepakaran dimiliki menjadikan khidmat wanita separuh abad ini bukan saja diperlukan di Hospital Kajang, tetapi juga hospital lain di Lembah Klang, terutama menguruskan mayat yang dikategorikan ‘mati ngeri’.

Setiap hari, tidak kira siang atau malam serta lokasi kematian, dia sanggup meluangkan masa menguruskan jenazah apabila ada panggilan daripada pihak yang memerlukan. Pernah Arbakyah memandikan jenazah jam 3 pagi dan ada dalam sehari sehingga enam jenazah diuruskannya.

Bukan saja di hospital, di rumahnya, baik di ruang tamu, depan atau belakang turut menjadi gelanggang atau tempat menguruskan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, dekat sini.

Ini antara pengorbanan ibu empat cahaya mata itu yang melakukan tugasan berkenaan secara sukarela sambil turut dibantu suami dan anak yang faham tanggungjawabnya.

“Saya melakukan kerja ini (menguruskan jenazah) sejak 25 tahun lalu kerana ketentuan Allah yang membuka hati untuk ke arah ini, sekali gus memenuhi tuntutan fardu kifayah,” katanya menjawab pertanyaan kesanggupannya melakukan kerja itu secara sukarela.

Antara kes yang dikendalikan sejak 25 tahun lalu ialah mayat wanita tua yang perutnya dipenuhi ulat kehitaman apabila terbiar hampir dua minggu di rumahnya selepas meninggal dunia akibat sakit tua di Kajang pada hujung 1990-an.

“Ulat itu menjadi hitam kerana mayat sudah lama terbiar, manakala daging mayat mudah tertanggal apabila diangkat selain mengeluarkan bau sangat busuk.

“Tiada siapa pedulikan, bahkan waris tidak mahu menuntut dan enggan menanggung kos pengebumian. Sebenarnya waris dan keluarga mengaibkan jenazah dan mereka juga menyebabkan kejadian (kematian ngeri) sebegini berlaku,” katanya.

Mengenai pengendalian mayat mengerikan, Arbakyah berkata, dia pernah memandikan mayat yang hancur digilis kereta api, kemalangan, rentung, reput, mati lemas serta akibat HIV dan Aids.

“Dalam kes ini, untuk memandikan mereka ada caranya seperti dialas dengan kain putih, diletakkan kapas serta jaring supaya kulit atau daging yang tertanggal tidak dibawa air.

“Setiap cebisan daging atau anggota dimandikan seperti biasa. Bagaimanapun keadaan mereka, sebelum menjalankan tugas saya berdoa supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna,” katanya. Arbakyah juga pernah memandikan anggota badan manusia seperti kaki dan tangan selain janin dan bayi.

“Saya sangat sedih apabila memandikan janin atau bayi, terutama mangsa buangan seperti anak luar nikah.“Ada mayat tidak sempurna seperti digigit haiwan. Manakala anggota badan pula, cara mandi dan pengebumian sama, cuma tiada sembahyang kerana tuan badannya masih ada,” katanya.

Ditanya pengalaman pelik menguruskan mayat, Arbakyah berkata, dia tidak mahu mengaibkan si mati, malah apa saja perkara yang berlaku dianggap ujian dan ketentuan Tuhan.“Ada juga ketika saya uruskan mayat, matanya terbuka dan itu antara tanda rohnya keluar.

“Namun, sebelum keluar rumah saya berdoa supaya semua lancar. Sepanjang 25 tahun, jika ada kematian, saya bawa kain kafan yang siap potongannya tanpa tahu saiz fizikal, tetapi alhamdulillah, apabila selesai dimandikan, kain itu sepadan untuk mengafan si mati,” katanya yang menganggap itu kurniaan Tuhan bagi memudahkan kerjanya.

Arbakyah pernah menguruskan jenazah wanita berusia 20-an yang dianggap masyarakat sebagai menerima aib kerana mayatnya terpaksa diusung orang ramai sambil berdiri apabila dimasukkan ke dalam lif di pangsapuri kediaman si mati.

“Hanya kerana kejadian seperti itu, pelbagai cerita timbul. Kononnya jenazah ini tidak diterima bumi, bahkan didakwa anak derhaka hingga menyebabkan perjalanan pengurusan jenazah lambat.“Sebagai manusia, sepatutnya kita tidak boleh menghukum, hanya Allah tahu apa sebenarnya berlaku,” katanya.

Arbakyah turut menguruskan mayat warga asing beragama Islam yang meninggal dunia disebabkan penyakit, dijatuhi hukuman gantung atau kemalangan.Menurutnya, sepanjang menguruskan jenazah, dia paling hiba dan sedih apabila mengendalikan jenazah tiada waris.Katanya, dalam banyak kes, anak enggan menuntut jenazah ibu bapa, sebaliknya menunggu sijil mati, malah ada yang tiba selepas semua urusan pengebumian selesai semata-mata kerana tidak mahu menanggung kos pengurusan jenazah.

“Sudahlah mayat ibu atau bapa mereka tidak dihiraukan, ada yang datang jumpa minta sijil mati dan buku bank semata-mata mahu mendapatkan harta orang tua,” katanya yang kelihatan tersentuh mengenangkan peristiwa itu.Lebih menyedihkan, kata Arbakyah, ibu bapa yang berusia dihantar ke rumah kebajikan dan anak membiarkan mereka sehingga menghembuskan nafas terakhir.

“Saya sangat tersentuh apabila berkunjung ke rumah kebajikan untuk orang tua. Apabila datang, mereka menunggu meminta wang. Bukan banyak pun, RM1 saja. Alasannya nak ke kedai.“Lebih terharu, ada yang minta dipanggil emak dan ayah bagi menghilangkan rindu terhadap anak, malah ada yang berlinang air mata apabila saya berbuat demikian,” katanya.

Arbakyah berkata, dalam kes jenazah tiada waris, mayat dihantar ke hospital sementara polis berusaha menghubungi keluarga.“Biasanya, dalam tempoh dua minggu mayat disimpan sementara polis berusaha menghubungi keluarga waris untuk membuat tuntutan.

“Jika tiada atau gagal mencari waris, hospital keluarkan permit perkuburan dan saya menguruskan jenazah daripada mandi, mengafan hingga ke tanah perkuburan,” katanya. Arbakyah berkata, berdasarkan pengalaman, ada beberapa sebab ahli keluarga tidak menuntut jenazah waris mereka lantaran perselisihan faham, menukar alamat dan nombor telefon tanpa memaklumkan pihak berkenaan, selain keluarga tidak menerima mereka yang dijangkiti HIV atau Aids. Selain itu, faktor orang tua yang tidak faham keadaan dan kehidupan anak hari ini juga boleh menjadi punca jenazah tidak diuruskan warisnya.

“Saya selalu ingatkan, kita jangan hukum seseorang itu melulu, mungkin mereka ada salah dan silap di dunia, tetapi di sisi Allah kita tidak tahu mungkin dia lebih baik daripada kita,” katanya.

Arbakyah menjelaskan, setiap mayat diuruskan perlu dikenakan bayaran bagi menampung kos penyediaan keperluan dan pengebumian. Setiap mayat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu normal, kritikal dan penyakit berjangkit.

Untuk mayat normal, bayarannya RM730 bagi lelaki manakala perempuan RM780, sementara kritikal seperti kemalangan RM1,000 (lelaki) dan RM1,050 (wanita) serta penyakit berjangkit RM1,050 (lelaki) dan RM1,100 (wanita).

Arbakyah berkata, pengurusan jenazah wanita lebih mahal berbanding lelaki kerana penggunaan lebih banyak kain. Menurutnya, bagi jenazah tiada waris atau tidak dituntut, kosnya ditanggung majlis agama Islam negeri dan jika membabitkan warga asing, kes itu dirujuk ke kedutaan berkenaan.

Sumber Harian Metro, Ahad, 20 Julai 2008

Thursday, July 17, 2008

Kelahiran Aida






Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan kuasa dan keagungannya kira-kira jam 12.42 tengahari tadi, terciptalah satu lagi lembaran sejarah dalam hidupku kerana isteriku selamat melahirkan cahaya mata perempuan iaitu anakku yang ke-5 di Poliklinik Bakti Tanjong Malim. Bayiku mempunyai berat 3 kg semasa dilahirkan. Isteriku telah bersalin secara normal iaitu samalah seperti anak-anak yang terdahulu.

Saat yang diharungi bermula jam 10.00 pagi amat memeritkan. Ini adalah kerana ku melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteriku yang teramatlah dasyhatnya. Kadang-kadang aku menyalahkan diriku juga kerana tidak dapat berkongsi kesakitan itu bersama-sama. Namun ku melihat isteriku begitu tabah dan cekal dalam mengharungi saat-saat akhir sebelum kelahiran bayiku.

Di sini ku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua saudara mara, kawan-kawan, murid-murid dan sesiapa sahaja yang telah mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Berkat doa kalian bayiku yang kunamakan Aida telah selamat dilahirkan. Nama Aida membawa Maksud beruntung.

Friday, July 11, 2008

Siapakah?????????

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah orang yang membiar atau membuang rencana ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain.

Boikot produk Belanda

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.

Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel . Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas.

Kenali Musuh anda !!! Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir sebeum ini agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya. Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin.

Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.
Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.

3 Produk utama (yang disenaraikan oleh PPIM) ialah :- Minyak Shell, Dutch Lady, Philips.

Produk2 lain antaranya:
1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain