Tuesday, May 27, 2008

Tazkirah (1)

”Kita boleh berbeza pandangan, tetapi kita tidak boleh berpecah hanya disebabkan perbezaan itu. Perbezaan antara kita adalah peluang dan ruang untuk memperkaya dan memperkasa pengalaman. Kita tak boleh kata pendapat kita sahaja yang betul dan pendapat orang lain salah. Selagi namanya pendapat, ia boleh dizahirkan oleh sesiapa sahaja; didengar dan diteliti walaupun sebahagian atau semuanya boleh ditolak sahaja. Sepatutnya pendapat A dan pendapat B dicarikan titik pertemuannya lalu dirumus satu pendapat baru yang dinamakan pendapat C iaitu adunan daripada kedua-dua pendapat tadi. Inilah namanya sinergi, iaitu 1 tambah 1 = 3.Inilah bentuk kolaboratif tahap tertinggi. Inilah yang melahirkan implikasi menang-menang, iaitu apabila tak ada sesiapa yang merasakan pendapatnya disingkirkan sama sekali.”

No comments: