Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri “berharga” yang berusia lebih daripada 5000 tahun.
Peninggalan sejarah yang sangat berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji Sejarah, namun pihak penyelidik US seperti CIA/KGB pun berusaha untuk melakukan penyelidikan di sana. Setakat ini CIA telah menggunakan satelit dan pesawat ‘Stealth’ untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung tersebut.
Gambar-gambar itu telah menjadi “rahsia besar” dan tersimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan “rahsia-rahsia? penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang mencuba untuk mendaki Gunung Aghi-Dahl yang kerap juga dipanggil sebagai “Gunung Kesengsaraan” atau dengan nama petanya, Mount Ararat, namun hanya beberapa-beberapa orang saja yang berhasil menaklukinya.Sebahagian lagi menjadi korban keganasannya.
Hingga hari ini, hanya ada beberapa orang pendaki yang dapat sampai ke puncak Mt.Ararat sekaligus dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri sebuah artifak yang ‘mahaberharga’ tersimpan abadi di puncaknya.
Lalu apakah sebenarnya artifak “mahaberharga” yang terkubur selama ribuan tahun di puncak Ararat itu?
Ya, menurut para ahli kaji purba, mereka menafsirkan bahwa artifak dengan dimensi yang sangat besar tersebut tak lain adalah The Great Noah Ark (Perahu/Bahtera Nabi Nuh)! Seperti yang kita ketahui bahwa The Great Pyramid of Giza, Mesir telah terkubur didalam tanah selama kurang lebih 2000 tahun lamanya sebelum ditemukan dan dilakukan penggalian terhadapnya.
Begitu pula halnya dengan The Great Noah Ark ,sebelum terjadinya sebuah gempa bumi hebat yang melanda daerah itu pada 2 Mei 1988 silam ,artifak tersebut tertimbun di bawah salju hampir selama 5000 tahun lamanya tanpa ada yang mengetahui bahwa sebenarnya tersimpan sebuah rahasia besar didalamnya.
Sebenarnya, zaman Nabi Noh AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Pada hakikatnya pengetahuan sains dan teknologi mereka sudah maju pada masa itu.
Buktinya daripada beberapa penemuan di kaki Mount Ararat, para pengkaji dan saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak batu bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam.Tentunya penemuan tersebut dapat membuktikan bahawa masyarakat zaman Nabi Noh a.s. telah mengenali elektrik.
Mengikut perkiraan pakar, Nabi Noh a.s. mulai membangun bahteranya kira-kira pada tahun 2465 SM dan hujan lebat baru turun dan mengguyur bumi selama bertahun- tahun sehingga mengakibatkan munculnya air bah maha dahsyat yang rata-rata dapat mengakhiri sebahagian populasi manusia di muka bumi diperkirakan terjadi pada 2345 SM.
Pada umumnya rupa bentuk The Great Noah Ark itu sendiri sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut masa kini. Menurut para peneliti dan pendaki yang pernah melihat langsung “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat serta beberapa imej yang diambil dari pemotretan udara,The Great Noah Ark memang merupakan sebuah bahtera yang berdimensi sangat besar dan teguh.
Kontruksi utamanya tersusun oleh susunan kayu dari spesis pohon purba yang memang sudah tidak ditemui lagi di dunia ini.Pengukuran objek yang ditandai mempunyai altitude 7.546 kaki dengan panjang dari bahtera kurang lebih 500 kaki, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi.
Ada juga para pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran lebih luas daripada sebuah padang bola sepak.
Luas pada bahagian dalamannya cukup untuk menampung ratusan ribu manusia. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga 13 kaki. Sebanyak lebih kurang ribuan hingga puluhan ribu batang kayu balak digunakan untuk membinanya.
Terdapat ratusan ribu manusia dan haiwan daripada pelbagai spesis yang ikut menaiki bahtera ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, kira-kira 3.700 ekor binatang mamalia, 8,600 jenis itik/burung, 6,300 jenis reptilia, 2,500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark tersebut. Selebihnya adalah para kaum Nabi Nuh AS yang percaya akan ajaran yang dibawanya. Jumlah berat kargo/muatan bahtera itu secara keseluruhan mungkin mencecah 24,300 tan.
Di sekitar objek tersebut, turut ditemukan sebuah batu besar dengan lubang pahatan. Para peneliti percaya bahawa batu tersebut adalah “drogue-stones”, di mana pada zaman dahulu biasanya dipakai pada bahagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu.
Radar dan peralatan mereka menemukan sesuatu yang tidak lazim pada level “iron oxide” atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan penelitian adalah dari jenis “vessel” yang telah berumur lebih daripada 100.000 tahun, dan terbukti bahwa struktur dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahawa itu adalah jejak pendaratan perahu Nuh a.s.
Beberapa sarjana berpendapat bahawa kemungkinan besar ‘Noah Ark’ ini dibangunkan di sebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah kawasan yang terletak di Selatan Iraq.
Jika ia dibangunkan di Selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turki, kemungkinan besar bahtera tersebut telah terbawa arus air sejauh 520 km.
Mount Ararat itu sendiri bukanlah sembarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Di antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi di sebelah utara puncak gunung itu.
Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai puncak yang terluas di muka bumi ini. Statusnya juga merupakan puncak tertinggi di Turki iaitu setinggi 16,984 kaki dari permukaan air laut.Sedangkan puncak kecilnya setinggi 12,806 kaki.Jika kita berhasil menaklukkan puncak besarnya ,kita dapat melihat 3 wilayah negara dari atasnya, iaitu “Russia, Iran dan Turki”.
Sebuah “batu nisan” yang didakwa kepunyaan nabi Nuh a.s. telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.
Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II mengirim sejumlah 150 orang pakar daripada berbagai-bagai bidang yang terdiri daripada saintis, arkeologis dan tentera untuk melakukan penyelidikan terhadap The Great Noah Ark tersebut.
Setelah sebulan, tim ekspedisi itu baru sampai ke puncak Ararat. Segala kesukaran telah berhasil mereka lewati, akhirnya mereka menemukan perahu Noh tersebut. Keadaan mereka begitu teruja. Mereka mengambil gambar sebanyak yang mungkin. Mereka cuba mengukur panjang perahu Noh dan didapati ukuran panjangnya 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebahagian lainnya tenggelam di dalam salji.
Hasil penemuan itu dibawa pulang dan ingin diserahkan kepada Tsar, malangnya sebelum sempat melaporkan penemuan itu ke tangan kaisar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jenderal Leon Trotsky. Sehingga sampai sekarang masih belum diketahui, apakah laporan itu masih disimpan atau dimusnahkan.